Browsed by
Tag: resipi sabun

Buat sabun : kira resepi sendiri

Buat sabun : kira resepi sendiri

Hai girls (and guys). Yep, saya tau some of you membaca post-post Facebook saya sebab saya buat sabun sendiri. Dan, of course, tanya resepi. Satu benda is, saya takdak resepi ūüėÄ haha. Saya sendiri pun tiap-tiap kali nak buat sabun, kena kira balik.

So, hari ini saya nak cerita macam mana nak kira resepi sabun. Jadi, tak kira la berapa banyak (atau sedikit) minyak korang, korang boleh kira sendiri, tak perlu tunggu bila minyak nak cukup.

Decide sabun apa nak buat

Kalau korang dah sampai ke page ini mencari resepi sabun, ini bermaksud yang korang mesti dah tahu bahawa sabun diperbuat dari minyak atau lemak, (minyak sayuran atau lemak haiwan, you choose). Saya selalu buat sabun dari minyak terpakai. Tukar jadi sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, multipurpose sabun. Sabun mandi, boleh guna minyak baru, dan boleh-boleh campur minyak ikut sifat sabun yang dikehendaki. (eg ; nak buih banyak, buh minyak kelapa dan kelapa sawit. nak sabun creamy, buh minyak zaitun, minyak sunflower)

Langkah 1 : Layari lamanweb www.soapcalc.net 

Ini adalah lamanweb kalkulator sabun. Klik di tab “Recipe Calculator” (saya bulatkan dibawah)

Langkah 2 : Masukkan butir-butir minyak

Saya ada bulatkan dengan warna kuning untuk butir-butir berikut :

1, Type of Lye :
KOH untuk sabun cecair
NaOH untuk sabun buku

2. Weight of Oil
Pilih nak guna pound ka gram. Saya selalu buat dalam 300 ke 500g minyak aje, sebab periuk slowcooker saya kecil.

3. Water ni bleh abai. Skip ke n0.4
Yang ni secara default adalah 5, saya selalu tukar ke 0. Ini adalah superfatting, meaning kot-kot nak lebihkan minyak supaya lye nya confirm guna habis.

4. Step ke 5 dalam kalkulator. Isikan minyak apa yang digunakan. Kalau guna minyak terpakai, atau minyak sawit, pilih Palm kernel oil, pastu klik add (saya bulat warna merah). Kalau ada campur-campur minyak boleh add lagi minyak-minyak lain. Kemudian isi berapa percent korang nak each minyak ni.

5. Klik Calculate Recipe di bawah sekali tu. bila klik calculate nampak cam takde apa jadi. Dia cuma calculate aje, nak View kena klik “View/Print Recipe” bawah dia. Baru akan keluar recipe (next pic)

Langkah 3 : Dapatkan resipi anda

Taraa, dah keluar resipi. Contoh yang saya buat ni guna satu jenis minyak aje. Boleh nampak berapa berat air, lye dan minyak yang diperlukan untuk sabun korang. Kalau ada campuran minyak, boleh tengok yang dibulatkan warna purple tu, situ akan senaraikan jenis-jenis minyak dan berapa beratnya

Next step is masak aje minyak korang. Happy soaping

Selamat menyabun, dan berjimat