Browsed by
Tag: agama

Fitnah Akhir Zaman

Fitnah Akhir Zaman

Saya ada sorang kawan yang rajin share dengan saya video-video agama yang best. Nama dia Nadia Bakar. Dia rajin share kat WhatsApp, video video ni (semoga Allah merahmatinya atas sharing nya).

Jadinya, saya suka dengar ceramah-ceramah atau audiobooks semasa memasak lunch. Jumaat lepas, saya dengar ceramah Ustaz Wadi semasa masak. Tajuknya Dajjal. Boleh tengok di bawah. Panjang. Jadi boleh bookmark dulu, dengar nanti-nanti ya. Masa memasak adalah paling best dengar. (baca komen-komen saya seterusnya ya)

Kesimpulannya (hukhuk terus kesimpulan), ceramah yang sangat menggetar jiwa. Yang menyebabkan saya berfikir panjang berhari-hari, sehingga ke hari ini. Oleh kerana saya dengar ni di dapur (dan dapur adalah tempat favorite lalu lalang ahli keluarga, dan bilik air juga ditepi dapur), suami dan anak-anak yang bersiap-siap untuk solat Jumaat juga terdengar secara tak langsung, dan masing-masing tersangkut dengar juga. Dan ia menjadi topik hangat kami anak beranak berhari-hari (sampai hari ni belum habis).

Ada beberapa part yang sangat menyentuh fikiran saya.

1. Jenuh la 40 hari lepas Dajjal tu turun

Saya dah start risau adakah boleh bertahan kami di hari pertama munculnya Dajjal? Ustaz Wadi kata, apabila Dajjal mengaku aje dia Tuhan, langit terus berhenti. Seluruh isi langit terhenti dan bergerak super slow. Dajjal kata dia akan mengelilingi dunia dalam masa 40 hari, dan akan menjelajah segenap pelusuk bumi dengan satu misi sahaja, mengumpul semua orang yang mengaku ketuhanannya. Mana sempat 40hari kan.

Rupanya, hari petama apabila dia mengaku tuhan, langit terhenti, dan hari yang pertama akan menjadi sepanjang setahun lamanya. Bayangkan 24 jam pertama adalah selama 365 hari. Nisbah 1 jam bersamaan 15 hari. Kalau dari midnight nak ke siang ialah 7 jam selalunya, ia akan menjadi 105 hari gelap. Dan bila akhirnya siang selama 13 jam, ia akan sepanjang 195 hari dengan matahari. Makanan semua habis, air kering. Dan Dajjal datang offer bantuan. Bagaimanakah kita?

2. Zikir menjadi makanan orang Mukmin

Ustaz Wadi kata, pada waktu itu, orang mukmin akan kenyang dengan zikrullah. Saya dah bergetar hati. Adakah cukup iman saya (dan keluarga) sehingga zikir aje menjadi makanan? Sekarang ni, missed makan pun boleh “hangry”. Ya Allah. Jauh lagi. Dan saya berazam, kita patut mengejar tahap iman sehingga mampu mengenyangkan perut dengan zikir. Kena belajar HOW.

3. Dajjal memberi bantuan, dan tulisan Kaf Fa Ra di dahinya

Dan apabila kehabisan semua makanan. Dajjal akan datang dengan sihirnya, memberi bantuan. Maka, berduyun-duyunlah orang akan menerima bantuan, asalkan mahu mengaku bahawa dajjal tu tuhan. Berterbanganlah semua iman seciput di dalam dada ketika itu. Nauzubillah.

Di dahi Dajjal akan tertulis perkataan kafir, yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang imannya sejati. Mukmin sejati. Jika diwaktu itu, mereka-mereka ini menjerit, “jangan, jangan, dia Dajjal”, adakah kita akan percaya? Tulisan ini tidak boleh dilihat oleh orang-orang yang tidak sejati imannya.

Saya berfikir, kita sebagai ibu dan bapa, kita mungkin bertahan dengan ujian. Namun adakah kita sanggup melihat anak-anak menderita kelaparan ? Adakah kita akan korbankan iman kerana tidak mahu anak kebuluran? Disini, point untuk diri saya ialah, “kena sayang Allah dan agama Islam lebih dari segala makhluk lain, termasuk anak ” :’-( Kena ingat cerita Nabi Ayub yang hilang semua anak tapi masih teguh dengan Allah. Kena ingat cerita Sumayyah, yang semuanya direbus mempertahankan Islam. Cerita-cerita ini bukan sekadar penglipur lara, tetapi adalah sebagai teladan yang perlu di ambil dan dipasak kemas dalam hati. Jaga Iman Mu.

Pernah kan kita dengar, bahawa di akhir zaman, kena ikat isteri-isteri di tiang rumah supaya tidak mengikut Dajjal. Saya fikir kalau dalam masa itu, betapa ibu-ibu akan menggila mahu keluar rumah, marah-marah, kerana melihat anak-anak yang menderita. Betapa anak-anak akan defy habis-habisan bapanya, walaupun bapanya sudah nampak tulisan Kaf Fa Ra itu.

Reconnect

Kebetulan, minggu sebelumnya, saya (dengan Nadia Bakar juga, semoga Allah merahmati keluarganya), sempat hadir ke seminar Reconnect bersama Dr Siti Rohana. Seminar yang berkongsi betapa peri pentingnya kita sebagai ibubapa mempunyai connection yang kuat dengan anak-anak semasa mereka kecil, supaya kita tidak kehilangan mereka semasa meningkat remaja dan dewasa. Hilang disini bukan hilang secara fizikal, tapi hilang connection. (Susahnya nak cerita dalam post yang sama)

Seminar Reconnect dengan Dr Siti

Apa yang saya nak katakan, ini adalah tarbiah dari Allah, yang atur lesson ini mula-mula seminar Reconnect, kemudian di takdirkan Allah mendengar ceramah di atas pula. MasyaAllah. Dalam seminar Reconnect, Dr Siti letak tanggungjawab berat kita sebagai ibu untuk membina trust dan connection dengan anak, untuk memastikan hubungan kita dengan anak itu tidak terputus apabila anak meningkat remaja.

Sekarang sudah banyak masalah keluarga yang berpunca dari hilangnya respect anak kepada ibu bapa. Bila ibu bapa memberi nasihat, langsung tidak dihiraukan. Kenapa? Kerana tiadanya connection yang kukuh yang terbina sejak anak-anak masih kecil. Didalam seminar ini, Dr Siti memberikan tips untuk membina kepercayaan ini. Saya bayangkan, sekiranya tidak ampuh connection ini, bagaimana kita nak persuade anak-anak di zaman fitnah Dajjal? Bagaimana kita nak larang mereka dari terus mengikut sahaja kemewahan dan kesenangan yang di tawarkan oleh Dajjal.

Ada banyak lagi point penting dalam ceramah, sila lah menonton.

Oh ya, sebelum saya habiskan entry ini, ada satu lagi yang terdetik di minda saya, yes inilah mukjizat Nabi Rasulullah S.A.W. Dalam ceramah ada diceritakan, bahawa sahabat-sahabat bertanya Rasulullah, bagaimana nak menunaikan solat pada waktu itu, sedangkan hari sentiasa gelap/siang. Rasulullah menjawab, solatlah seperti biasa apabila masuk waktunya. Abaikan siang atau malam, namun solatlah seperti biasa apabila masuk waktu. Saya seumpama dapat bayangkan betapa terpinganya sahabat, kerana ketika itu pastinya waktu solat ditentukan dengan adanya matahari dan siang dan malam. Bagaimana mahu menentukan waktu solat sekiranya matahari, siang dan malam tidak berfungsi seperti seadanya. It’s so amazing, that Rasulullah boleh menjawab sebegitu, seolah-olah baginda telah tahu bahawa diakhir zaman, waktu solat boleh diketahui walaupun tidak melihat kepada matahari, siang dan malam. Kita ada apps telefon dan jam untuk menentukan waktu solat, malah ada kalendar waktu setahun ke hadapan pun. Subhanallah, MasyaAllah. AllahuAkbar. Sebagaimana Rasulullah S.A.W menyebut benda-benda lain yang hanya umat akhir zaman aje yang menyaksikannya.

Sekian, dari saya yang masih bergetar hati. Silakan menonton video tersebut, dan kongsikan apa perasaan anda.