Pembuka madah pemula ceritera

Teks : Liyana Anaqi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga kita semua sentiasa berbahagia dalam menjalani hidup.

Saya, Nur Liyana binti Abd Hamid, berasal dari Pulau Pinang. Dilahirkan pada November 1983 dan merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahayamata.

Mendapat pendidikan rasmi terakhir di Universiti Malaya. Dan masih belajar dari alam sehingga sekarang. Pada asalnya, saya bercita-cita menjadi wanita berkerjaya, namun ianya berubah selepas mendapat anak pertama. Siapa sangka kehadiran insan kecil mampu merubah azam yang kukuh selama ini.

Saya berhenti bekerja menjadi Pegawai Penyelidik setelah mendapat berita kandungan kedua. Persiapan berhenti kerja telah dilakukan sejak setahun sebelumnya. Saya menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan. Selepas berhenti, perniagaan mula dikembangkan perlahan-lahan sambil menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Setelah 4 tahun berhenti, butik sulung dibuka. Ia adalah kesinambungan kepada perniagaan online dijalankan. Namun, ia tidak bertahan lama, cuma 2 tahun. Kedai di tutup atas banyak sebab peribadi yang saya sendiri tidak dapat korbankan demi kemajuan bisnes. Kedai yang maju dan tiada saingan di tempat saya terpaksa saya korbankan. Saya kembali ke rumah dan kembali menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang di sukai iaitu berkebun, menjahit, melakukan semua aktiviti dengan anak-anak. Pengalaman 2 tahun berkedai meletakkan saya di suatu tempat di mana saya terpaksa memilih di antara perkara-perkara penting dalam hidup. Ia merupakan pengalaman yang sangat berharga (dan mahal).

Kini, saya selesa di rumah, dengan objektif baru yang lebih mantap harapnya. Saya masih belajar dan akan terus belajar.

Kewujudan blog ini diharapkan  dapat merekodkan catatan dan tips dalam menjalani kehidupan seharian.

Saya boleh dihubungi melalui emel liyanahamid@gmail.com atau Facebook ;www.facebook.com/liyana.anaqi

CikMek molek

Minggu ini, kami tuai ubi keledek. Jadinya semua masakan keledek la. (semua, macam la banyak sangat, kan)

Ini, resepi cikmek tak tak berapa molek, haha.

Bahan-bahan:
Keledek rebus
Tepung gandum sikit (satu atau 2 sudu saja)
Gula
Minyak untuk menggoreng.

Mula-mula, buang kulit ubi keledek. Kemudian, tumbuk dengan lesung batu, sampai hancur. Kejap ja yang ni, jangan tambah air

image

Dari banyak2 ubi rebus, tinggal ni je untuk di cik mek kan

Lepas dah hancur, ambil sikit, buat bulat2. Gaul sikit dengan tepung ya. Kalau banyak tepung, jadi keraa. Kalau terkurang, lembik, nanti masa goreng, dia pecah

image

Penyekkan tengah2 dan buh gula kemudian gentel2 jadi bentuk dia.
image

image

image

Kemudian, goreng dengan minyak banyak. Siap. Sedap dimakan.

image

Cik mek tak molek saya. Hehe. Takboh tepung langsung.

Selamay mencubajaya

Rezeki arnab

Dah lama saya teringin nak merasa kobis atau bunga kobis tanam sendiri. Benih dah beli, dah semai, dah naik, dah happy. Tapi masih bukan rezeki saya.

image

Cik awang tu☝ terlepas kandang. Sementara nak boleh tangkap tu, banyak jugak la dia sebat.

image

Sedih. 😿😿 Anak pokok bunga kobis, kobis merah, lada solok, sawi disebat dia tu. Huhuhu

Harap2 apa yang berbaki tu dapat la hidup sampai berhasil