Petua kucing membuang di halaman

Kucing berak lagi. Punya la luas kat luar, kenapa berak di sini?

Saya tak bela kucing. Kucing yang ada cuma kucing jalanan yang datang menumpang. Keluar masuk rumah dan berehat sesuka hati.

Kemudian saya perasan, kucing sudah tidak lagi masuk ke dalam ruang tamu, hanya berlegar-legar di dapur dan porch belakang. Kenapa? Satu-satunya perkara baru yang saya buat ialah, diffuse minyak pati sahaja.

Minyak pati yang digunakan.

Rupanya, setelah membaca (membaca tentang hal lain), terjumpa informasi bahawa kucing tidak menyukai bauan yang terdapat dalam campuran ini, Cuma titikkan 2 titis ke dalam diffuser, semudah itu.
Saya juga mendapat beberapa tips baru untuk mengatasi masalah kucing berak ini di post Facebook. Semuanya tips berguna. Rupanya kucing tidak suka bauan Lavender. Baru saya tahu.
Jadi, petuanya ialah Lavender dan Purification. Bancuh sedikit Lavender dalam botol penyembur, dan semburkan di kawasan yang anda tidak mahu kucing berkeliaran. Dan Purification pula digunakan untuk menghilangkan bekas tandaan kucing terutamanya kucing jantan.
Ingin mencuba? 

Penggunaan essential oil untuk kehamilan

Teks : Liyana Anaqi

Ramai wanita yang menggunakan essential oils  memberikan maklum balas yang baik tentangnya. Essential oils  membantu meringankan masalah-masalah yang dihadapai semasa kehamilan.

Tiada peraturan yang khusus untuk menggunakan minyak pati, namun ada beberapa jenis yang menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil. Minyak pati yang lembut seperti Lavender dan Frankincense, banyak di gunakan untuk menenangkan perasaan dan meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Untuk mengatasi rasa mual dan loya, pilihan minyak pati seperti Peppermint, iGize, Citrus Fresh dan Lemongrass boleh membantu.

Minyak pati perlu digunakan secara berhati-hati di awal kehamilan kerana ia boleh menyebabkan kontraksi dan membahayakan kandungan. Setelah kandungan menginjak usia trimester kedua, bayi sudah mulai lengkap dan lebih banyak pilihan minyak pati boleh digunakan. Namun begitu masih terdapat yang perlu di elakkan seperti Cinnamon, Clove, Rosemary, dan Clary Sage yang mana boleh menyebabkan kontraksi.

Berikut adalah senarai minyak pati yang selamat di gunakan dalam kehamilan (trimester kedua dan ketiga)

– Bergamot – Eucalyptus – Geranium – Ginger – Grapefruit – Lavender – Lemon – Lemongrass -Lime – Rose- Ylang ylang

Minyak pati yang perlu di elakkan

-Basil -Cedarwood – Clary Sage – Clove – Nutmeg -Rosemary – Thyme – Wintergreen

Di atas adalah sebahagian sahaja. Sebarang penggunaan minyak pati perlu di buat dengan berhati-hati semasa kehamilan. Tanya penjual anda untuk maklumat lanjut

Bagaimana menggunakan essential oils dengan selamat.

Teks : Liyana Anaqi.

Sejak sekian lama, essential oil atau minyak pati, digunakan untuk menaikkan semangat, membantu masalah kesihatan, menyeimbangkan emosi dan mental dan meningkatkan kualiti hidup. Penggunaan minyak pati dengan betul menjamin keselamatan dan memberikan kesan yang optimum.

Aromatik.

Deria bau boleh memberikan kesan yang kuat ke atas respon fizikal, metal dan emosi manusia. Bauan minyak pati diserap dengan cepat melalui deria bau yang bersambung secara terus dengan sistem  limbik dan otak yang boleh mengawal fungsi emosi, kelakuan daan daya ingatan. Oleh kerana itu, penggunaan minyak pati melalui teknik aromatik mempunyai impak besar.

Sesetengah minyak pati mempunyai efek menyegarkan dan ada yang memberi efek menenangkan. Cara paling mudah untuk menikmati bauan minyak pati ialah dengan menggunakan diffuser.  Namun, tanpa alatan atau gadget pun, anda masih boleh menikmati haruman minyak pati dengan menitiskan beberapa titik minyak pati ke tapak tangan, gosokkan tangan dan tekupkan ke hidung.

Antara cara lain yang boleh digunakan ialah :

  • Titikkan di kapas dan letakkan di penghawa dingin kereta anda
  • Campurkan minyak pati dengan air di dalam botol penyembur, dan semburkan di perabot, dan langsir
  • Campurkan sedikit dalam cucian pakaian
  • Gunakan sebagai sebahagian dari kaedah pencuci di rumah
Topikal
Penggunaan secara topikal adalah sangat berkesan, kerana minyak pati mempunyai saiz molekul yang kecil dan larut di dalam lemak. Ini membolehkan ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Selepas ia di serap, ia akan kekal untuk suatu masa di tempat yang di sapu dan memberikan kesan lokal.
Sapuan minyak pati juga boleh di iringi dengan urutan untuk meningkatkan pengaliran darah di kawasan tersebut lalu memberikan kesan secara lebih meluas. Perlu di ingatkan untuk menggunakan carrier oil  untuk mencairkan minyak pati tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang alahan dan menyebarkan minyak ke kawasan yang lebih luas.
 
Minyak pati boleh disapukan ke
  • Leher
  • Dahi 
  • Dada dan abdomen
  • Lengan, kaki dan tapak kaki
Cara lain yang boleh digunakan
  • Tambahkan beberapa titik ke dalam air mandian
  • Tuam panas/sejuk dengan mencampurkan beberapa titik EO ke dalam air rendaman
  • Tambah Eo ke dalam losyen atau pelembab yang digunakan
Kawasan yang patut di elakkan dalam penggunaan EO
  • Sekitar mata
  • Mata dan dalam telinga
  • Luka yang terbuka 
Selamat mencuba minyak pati dan rasai perbezaannya.

Essential Oil untuk membantu sakit belakang.

Teks : Liyana Anaqi

Telah menjadi kebiasaan, sekiranya sakit, kita akan mengambil ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi. Di samping ubat-ubatan yang biasa di gunakan, penggunaan minyak pati (essential oil, EO) juga boleh digandingkan untuk membantu meringankan sakit. EO dapat memberikan kelegaan pada kawasan yang sakit dan bengkak. Jom belajar bagai mana EO dapat membantu.

Sakit kronik.

Sakit yang kronik memang menggangu emosi dan kerja harian. Malah ianya memakan masa yang lama untuk sembuh. Sekiranya sakit itu berlanjutan melebihi 4 ke 6 minggu, wajarlah untuk merujuk kepada doktor. Di bawah disenaraikan beberapa essential oil yang boleh membantu isu sakit dan gangguan perasaan akibat sakit tersebut.

Basil : Memberikan tenaga dan menaikkan semangat, memberi kelegaan kepada otot dan mempunyai faedah melancarkan darah.
Clove : cengkih. Meningkatkan daya ingatan dan membantu penyembuhan yang berkaitan dengan peningkatan usia.
Lavender : Menenangkan dan memberi keseimbangan kepada badan. Sangat versetil.
Peppermint : Memberikan kesan menyejukkan badan dan menenangkan minda. Mempunyai faedah membantu mengurangkan kesakitan pada pundi hempedu.
Sandalwood : Menggalakkan kerehatan dan mengurangkan tekanan.
Wintergreen : Meningkatkan tumpuan, dan membantu mengurangkan kesakitan berkaitan dengan leher, saraf, tulang belakang, sakit carpal tunnel.

Sakit sendi dan tulang.

Terdapat banyak penyebab sakit sendi dan tulang antaranya ialah penuaan, trauma dan kecederaan. Kesakitan jenis ini adalah biasa terjadi dikalangan orang pertengahan umur kerana seiring dengan usia, badan mengalami perubahan. Walaupun, sakit ini memerlukan bantuan perubatan, namun terdapat juga EO yang boleh membantu.

Helichrysum : Membantu mengurangkan bengkak dan menyokong saraf
Idaho Balsam Fir : Melegakan kelenguhan otot, sendi, tendon dan sakit belakang.
Spruce : Melegakan sakit belakang, saki saraf sciatica dan kesakitan pada tulang.
Palo Santo : Membantu mengurangkan bengkak.

Sakit otot

Sakit-sakit dan lenguh otot, boleh terjadi akibat kemalangan , trauma atau keletihan dalam melakukan kerja harian. Berikut adalah beberapa essential oil  yang boleh digunakan untuk meringankan sakit otot.

Lime, Marjoram, Roman Chamomile. Cairkan Eo dengan carrier oil  seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun, dan dijadikan minyak urut.

Kesemua minyak pati di atas adalah saranan untuk membantu masalah sakit-sakit yang berkaitan dengan otot dan sakit belakang. Ia boleh di cairkan dan digunakan sebagai minyak urutan, atau sapuan, dan juga boleh di diffuse  untuk  menenangkan fikiran dan emosi yang terjejas akibat sakit. Anda boleh mencuba mana-mana satu minyak pati dahulu.