Petua kucing membuang di halaman

Kucing berak lagi. Punya la luas kat luar, kenapa berak di sini?

Saya tak bela kucing. Kucing yang ada cuma kucing jalanan yang datang menumpang. Keluar masuk rumah dan berehat sesuka hati.

Kemudian saya perasan, kucing sudah tidak lagi masuk ke dalam ruang tamu, hanya berlegar-legar di dapur dan porch belakang. Kenapa? Satu-satunya perkara baru yang saya buat ialah, diffuse minyak pati sahaja.

Minyak pati yang digunakan.

Rupanya, setelah membaca (membaca tentang hal lain), terjumpa informasi bahawa kucing tidak menyukai bauan yang terdapat dalam campuran ini, Cuma titikkan 2 titis ke dalam diffuser, semudah itu.
Saya juga mendapat beberapa tips baru untuk mengatasi masalah kucing berak ini di post Facebook. Semuanya tips berguna. Rupanya kucing tidak suka bauan Lavender. Baru saya tahu.
Jadi, petuanya ialah Lavender dan Purification. Bancuh sedikit Lavender dalam botol penyembur, dan semburkan di kawasan yang anda tidak mahu kucing berkeliaran. Dan Purification pula digunakan untuk menghilangkan bekas tandaan kucing terutamanya kucing jantan.
Ingin mencuba? 

Perjalanan menulis bermula kembali

Teks : Liyana Anaqi

Nak tulis blog, tapi tidak tahu nak bermula dimana
Nak tulis blog, tapi tidak tahu nak tulis apa

 Itulah saya. Suatu masa dahulu, saya rajin menulis blog, namun skil itu pupus setelah sekian lama. Apabila mahu bermula kembali, saya seolah kehilangan arah. Pernah mencuba beberapa kali, namun tidak bertahan. Saya terjumpa kelas ABDR sejak setahun lalu, terfikir untuk bermula tapi tetap tiada tindakan. Kali ini, saya teruskan juga langkah pertama iaitu, mendaftar ke kelas asas blog, ABDR. Setelah sekian lama mencuba, tiada progress, baik saya cuba jalan ini pula.

Pada permulaannya, saya cuma inginkan tunjuk ajar bagaimana mahu menyusun blog menjadi lebih tersusun dan interaktif. Bagaimana mahu membuat blog yang lebih fokus. Tanpa saya sangka, saya mendapat lebih dari itu.

Sebaik sahaja mendaftar, saya mendapat tugasan menulis tanpa henti. Saya agak terkejut pada mulanya, apa yang nak ditulis ni? Saya mulai mengubahsuai pengalaman-pengalaman lepas yang pernah saya kongsikan di Facebook kepada entri. Ada juga ketikanya saya berfikir tidak mahu mengejar bilangan entri kerana saya dapat rasakan tiada roh dalam penulisan saya. Namun saya tetap juga berusaha menulis idea-idea di atas buku nota, dan sedaya upaya cuba juga menulis.

Mungkin kerana paksaan itu, saya mulai memerhati sekeliling dengan lebih teliti. Pada mulanya, hanya bertujuan mencari idea untuk menulis entri, lama -kelamaan saya menjadi suka meneliti alam dengan lebih minat. Hati semakin seronok, Apabila minda mulai berjalan, terasa mood semakin baik. Ayat yang pada mula dahulu tunggang langgang, mulai mengalir lancar.

Saya akui, banyak idea menerawang di dalam minda tidak dapat dizahirkan. Saya berharap, saya akan terus menulis, berkongsi, dan menyimpan semua maklumat hari ini untuk hari esok.

Kepada sesiapa yang memerlukan sedikit push  untuk mula blogging, sila daftarkan diri anda dengan Akedemi Bekerja Dari Rumah. Bagi sesiapa yang ingin mencari idea baru untuk memulakan perniagaan dari rumah juga dialu-alukan. Sila klik logo di bawah untuk mulai mengubah hidup anda.

Akedemi Bekerja Dari Rumah 

Saya dan kopi

Teks : Liyana Anaqi.

Saya penggemar kopi. Malah, semasa saya menulis entri ini, ada satu mug kopi di depan saya. Suatu masa dahulu, kopi pernah dikambing hitamkan sebagai minuman yang tidak sihat dan memberi kesan buruk ke atas minda. Sekarang tidak lagi, dari hari ke hari terdapat banyak penemuan mengatakan bahawa kopi sebenarnya memberi kesan yang baik kepada manusia. Ada juga penemuan menunjukkan kopi dapat membantu mengelakkan beberapa penyakit yang berat. Wah, ini berita baik pada saya, kerana pada masa kopi masih di pandang serong, saya tetap tidak boleh meninggalkan amalan minum kopi. Kini, “jom, ngopi!”

1. Kopi boleh meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih pintar.
Kehadiran kafien di dalam kopi akan sampai ke otak dan menyekat satu hormone iaitu adenosine. Penyekatan hormon ini akan menyebabkan pertambahan kepada hormon lain iaitu norepinephrine dan dopamine. Kedua-dua hormon ini akan meningkatkan impuls otak. Ini bermakna anda lebih cerdas dan peka. Ini akan memberikan kesan ke atas daya ingatan, ketahanan, paras tenaga dan fungsi kognitif secara keseluruhannya.

2. Kopi membantu membakar lemak.
Kopi membantu meningkatkan kadar metabolik badan dan membantu pembakaran lemak. Kopi adalah salah satu di antara sumber asli yang mempunyai keupayaan ini.

3. Kafien boleh menambahkan keupayaan fizikal
Kafien meransang sistem saraf, menyebabkan  sel-sel lemak dipecahkan dan menghasilkan asid lemak bebas di dalam darah.Sumber ini memberikan tenaga ransangan kepada keupayaan badan.

4. Zat-zat lain.
Air kopi bukan sekadar air hitam yang pahit. Ia masih memiliki nutrien yang kaya dari biji kopi seperti vutamin B, manganese, potassium, dan magnesium.

5. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
Terdapat kajian menunjukkan meminum kopi dapat menghindarkan dari penyakit-penyakit diabetes, nyanyuk, Parkinson’s dan mempunyai kesan yang baik dalam melindungi organ hati .

6. Kopi menggembirakan.
Kemurungan adalah penyakit mental yang serius dan dapat mengurangkan kualiti hidup. Kopi dapat mengurangkan kemurungan.

7. Mencegah barah,
Kopi dapat membantu mengurangkan risiko terhadap 2 jenis barah iaitu barah hati (sumber) dan barah usus (sumber)

8. Kopi adalah antioksidan terpenting di barat
Apa lagi perlu saya kata? Minum kopi, awet muda?

Tips untuk minum kopi ialah, dapatkan kopi yang sebenar. Bukan kopi segera. Bukan kopi 3-in-1. Kena bancuh kopi sendiri. Bukan sahaja rasanya lebih sedap, baunya pun lebih harum. Kopi yang telah di proses berulang kali telah kehilangan banyak khasiatnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melabur kepada kopi yang baik.

Minum sedap, khasiat dapat.

Remedi anak demam dan batuk

Teks : Liyana Anaqi

Anak-anak demam, selesema dan batuk sudah menjadi kebiasaan bagi yang sudah bergelar ibu bapa. Namun kita tidak boleh terus memberikan ubatan dadah kepada kanak-kanak kecil. Jadi bagaimana?

Berikut adalah sebahagian usaha saya sekiranya anak-anak saya demam atau selesema

Bawang putih. Bawang putih amat mujarab untuk menghilangkan selesema. Ia amat cepat memberi kesan sekiranya dimakan mentah. Sekiranya tidak mempu makan bawang putih mentah, bolehlah di hiris-hiris dan di rendam dalam sedikit madu, dan makan madunya. Ulang beberapa kali sehari bila perlu.

Pastikan anak makan dan minum. Sekiranya anak ada sakit tekak, sediakan makanan yang lembut dan mudah ditelan. Pengambilan air yang mencukupi amat penting. Boleh sediakan air kosong atau jus buahan. Jus buahan kaya denga vitamin yang membantu penyembuhan badan.

Tingkatkan imuniti badan dengan mengambil superfood, seperti madu, probiotik dan prebiotik. Cara yang paling mudah ialah dengan menyediakan sup tulang. Laksa pun boleh. Vitamin C boleh membantu badan melawan jangkitan dan menghilangkan selesema. Tingkatkan pengambilan vitamin C.

Gunakan pelembab udara sekiranya udara kering dan menyakitkan tekak. Atau, boleh diffuse minyak pati aromatherapi RC untuk membantu sebarang masalah berkaitan pernafasan. Ia juga boleh di cairkan dan di urut di tapak kaki supaya cepat di serap.

Sekiranya suhu badan terasa tinggi, usahakan agar suhu badan dapat diturunkan. Gunakan rendaman garam epsom atau lemon sebagai air mandian anak. Jerlum kepala dan badan dengan kerap supaya suhu dapat di kawal.

Jika demam masih berlarutan, bawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut. Tidak perlu risau sangat apabila anak-anak sakit. Ini bermakna badan mereka berfungsi baik dalam melawan jangkitan yang sedang berlaku. Kita sebagai ibu bapa, boleh membantu menmberikan sokongan dari dalam dan luar supaya badan mereka dapat melawan penyakit. Pastikan mereka mendapat rehat yang cukup.

Jungle School (bahagian 1)

Teks : Liyana Anaqi

Minggu lepas (6 Ogos 2016), kami telah menghantar anak-anak lelaki kami ke Jungle School. Program mengenal hutan yang dirancang oleh seorang rakan. Program akan berlangsung setiap Sabtu, sebanyak empat kali.

Anak-anak nampaknya teruja dengan program ini. Mereka belajar menggunakan parang, belajar menghidupkan api, dan memasak di dalam hutan.

Biar gambar berbicara

Mencari buluh untuk menghidupkan api dan memasak.
Raut buluh halus-halus untuk dijadikan umpan menghidupkan api. Semua seronok guna parang.
Tunjuk ajar menghidupkan api. Tok Ketua menghidupkan api sambil bercerita tentang sejarah Orang Asli.
Daun bemban di isi beras dan dilipat-lipat seperti lepat, sebelum di masukkan ke dalam buluh. Rebung di basuh dan di rebus untuk menghilangkan pahit
Sedia di bakar
Hidangan tengah hari. Ayam bakar nampak sedap
Memang sedap menjamu selera bila sudah letih.
Semasa mencari buluh, terjumpa seekor penghuni hutan. Jangan di kacau ular tu.
Semasa perjalanan balik, riuh mulut Asyraf dan Aqeef bercerita tentang “sekolah” mereka hari itu. Semua tak sabar menunggu Sabtu minggu ini pula

Penggunaan essential oil untuk kehamilan

Teks : Liyana Anaqi

Ramai wanita yang menggunakan essential oils  memberikan maklum balas yang baik tentangnya. Essential oils  membantu meringankan masalah-masalah yang dihadapai semasa kehamilan.

Tiada peraturan yang khusus untuk menggunakan minyak pati, namun ada beberapa jenis yang menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil. Minyak pati yang lembut seperti Lavender dan Frankincense, banyak di gunakan untuk menenangkan perasaan dan meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Untuk mengatasi rasa mual dan loya, pilihan minyak pati seperti Peppermint, iGize, Citrus Fresh dan Lemongrass boleh membantu.

Minyak pati perlu digunakan secara berhati-hati di awal kehamilan kerana ia boleh menyebabkan kontraksi dan membahayakan kandungan. Setelah kandungan menginjak usia trimester kedua, bayi sudah mulai lengkap dan lebih banyak pilihan minyak pati boleh digunakan. Namun begitu masih terdapat yang perlu di elakkan seperti Cinnamon, Clove, Rosemary, dan Clary Sage yang mana boleh menyebabkan kontraksi.

Berikut adalah senarai minyak pati yang selamat di gunakan dalam kehamilan (trimester kedua dan ketiga)

– Bergamot – Eucalyptus – Geranium – Ginger – Grapefruit – Lavender – Lemon – Lemongrass -Lime – Rose- Ylang ylang

Minyak pati yang perlu di elakkan

-Basil -Cedarwood – Clary Sage – Clove – Nutmeg -Rosemary – Thyme – Wintergreen

Di atas adalah sebahagian sahaja. Sebarang penggunaan minyak pati perlu di buat dengan berhati-hati semasa kehamilan. Tanya penjual anda untuk maklumat lanjut

Bagaimana menggunakan essential oils dengan selamat.

Teks : Liyana Anaqi.

Sejak sekian lama, essential oil atau minyak pati, digunakan untuk menaikkan semangat, membantu masalah kesihatan, menyeimbangkan emosi dan mental dan meningkatkan kualiti hidup. Penggunaan minyak pati dengan betul menjamin keselamatan dan memberikan kesan yang optimum.

Aromatik.

Deria bau boleh memberikan kesan yang kuat ke atas respon fizikal, metal dan emosi manusia. Bauan minyak pati diserap dengan cepat melalui deria bau yang bersambung secara terus dengan sistem  limbik dan otak yang boleh mengawal fungsi emosi, kelakuan daan daya ingatan. Oleh kerana itu, penggunaan minyak pati melalui teknik aromatik mempunyai impak besar.

Sesetengah minyak pati mempunyai efek menyegarkan dan ada yang memberi efek menenangkan. Cara paling mudah untuk menikmati bauan minyak pati ialah dengan menggunakan diffuser.  Namun, tanpa alatan atau gadget pun, anda masih boleh menikmati haruman minyak pati dengan menitiskan beberapa titik minyak pati ke tapak tangan, gosokkan tangan dan tekupkan ke hidung.

Antara cara lain yang boleh digunakan ialah :

  • Titikkan di kapas dan letakkan di penghawa dingin kereta anda
  • Campurkan minyak pati dengan air di dalam botol penyembur, dan semburkan di perabot, dan langsir
  • Campurkan sedikit dalam cucian pakaian
  • Gunakan sebagai sebahagian dari kaedah pencuci di rumah
Topikal
Penggunaan secara topikal adalah sangat berkesan, kerana minyak pati mempunyai saiz molekul yang kecil dan larut di dalam lemak. Ini membolehkan ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Selepas ia di serap, ia akan kekal untuk suatu masa di tempat yang di sapu dan memberikan kesan lokal.
Sapuan minyak pati juga boleh di iringi dengan urutan untuk meningkatkan pengaliran darah di kawasan tersebut lalu memberikan kesan secara lebih meluas. Perlu di ingatkan untuk menggunakan carrier oil  untuk mencairkan minyak pati tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang alahan dan menyebarkan minyak ke kawasan yang lebih luas.
 
Minyak pati boleh disapukan ke
  • Leher
  • Dahi 
  • Dada dan abdomen
  • Lengan, kaki dan tapak kaki
Cara lain yang boleh digunakan
  • Tambahkan beberapa titik ke dalam air mandian
  • Tuam panas/sejuk dengan mencampurkan beberapa titik EO ke dalam air rendaman
  • Tambah Eo ke dalam losyen atau pelembab yang digunakan
Kawasan yang patut di elakkan dalam penggunaan EO
  • Sekitar mata
  • Mata dan dalam telinga
  • Luka yang terbuka 
Selamat mencuba minyak pati dan rasai perbezaannya.

Essential Oil untuk membantu sakit belakang.

Teks : Liyana Anaqi

Telah menjadi kebiasaan, sekiranya sakit, kita akan mengambil ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi. Di samping ubat-ubatan yang biasa di gunakan, penggunaan minyak pati (essential oil, EO) juga boleh digandingkan untuk membantu meringankan sakit. EO dapat memberikan kelegaan pada kawasan yang sakit dan bengkak. Jom belajar bagai mana EO dapat membantu.

Sakit kronik.

Sakit yang kronik memang menggangu emosi dan kerja harian. Malah ianya memakan masa yang lama untuk sembuh. Sekiranya sakit itu berlanjutan melebihi 4 ke 6 minggu, wajarlah untuk merujuk kepada doktor. Di bawah disenaraikan beberapa essential oil yang boleh membantu isu sakit dan gangguan perasaan akibat sakit tersebut.

Basil : Memberikan tenaga dan menaikkan semangat, memberi kelegaan kepada otot dan mempunyai faedah melancarkan darah.
Clove : cengkih. Meningkatkan daya ingatan dan membantu penyembuhan yang berkaitan dengan peningkatan usia.
Lavender : Menenangkan dan memberi keseimbangan kepada badan. Sangat versetil.
Peppermint : Memberikan kesan menyejukkan badan dan menenangkan minda. Mempunyai faedah membantu mengurangkan kesakitan pada pundi hempedu.
Sandalwood : Menggalakkan kerehatan dan mengurangkan tekanan.
Wintergreen : Meningkatkan tumpuan, dan membantu mengurangkan kesakitan berkaitan dengan leher, saraf, tulang belakang, sakit carpal tunnel.

Sakit sendi dan tulang.

Terdapat banyak penyebab sakit sendi dan tulang antaranya ialah penuaan, trauma dan kecederaan. Kesakitan jenis ini adalah biasa terjadi dikalangan orang pertengahan umur kerana seiring dengan usia, badan mengalami perubahan. Walaupun, sakit ini memerlukan bantuan perubatan, namun terdapat juga EO yang boleh membantu.

Helichrysum : Membantu mengurangkan bengkak dan menyokong saraf
Idaho Balsam Fir : Melegakan kelenguhan otot, sendi, tendon dan sakit belakang.
Spruce : Melegakan sakit belakang, saki saraf sciatica dan kesakitan pada tulang.
Palo Santo : Membantu mengurangkan bengkak.

Sakit otot

Sakit-sakit dan lenguh otot, boleh terjadi akibat kemalangan , trauma atau keletihan dalam melakukan kerja harian. Berikut adalah beberapa essential oil  yang boleh digunakan untuk meringankan sakit otot.

Lime, Marjoram, Roman Chamomile. Cairkan Eo dengan carrier oil  seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun, dan dijadikan minyak urut.

Kesemua minyak pati di atas adalah saranan untuk membantu masalah sakit-sakit yang berkaitan dengan otot dan sakit belakang. Ia boleh di cairkan dan digunakan sebagai minyak urutan, atau sapuan, dan juga boleh di diffuse  untuk  menenangkan fikiran dan emosi yang terjejas akibat sakit. Anda boleh mencuba mana-mana satu minyak pati dahulu.

Masalah biasa semasa kehamilan

Teks : Liyana Anaqi

Badan kita mengalami perbagai perubahan semasa kehamilan. Ada ketikanya perubahan itu memberikan sedikit masalah atau ketidakselesaan. Namun, sekiranya ia tidak serius, ia masih dianggap normal dan boleh di atasi dengan diet dan gaya hidup yang sesuai

Mual dan muntah-muntah.
Morning sickness adalah simptom biasa di awal kehamilan dan selalunya akan hilang di akhir trimester pertama. Walaupun namanya morning sickness,  ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana perubahan hormon.

Sakit pinggang dan belakang/
Semasa hamil, ligamen dan otot badan menjadi lebih lembut dan meregang. Semakin menghampiri akhir kehamilan, semakin ia melembut sebagai persediaan untuk hari berssalin. Ini menyebabkan lebih banyak beban di letakkan ke bahagian bawah pinggang dan pelvis. Hal ini boleh diatasi dengan senaman yang berterusan sejak awal kehamilan.

Masalah membuang air.
Ada wanita yang tidak dapat mengawal pembuangan air besar dan kecil semasa hamil. Ini agak memalukan dan tidak selesa. Pengawalan makanan dan senaman menguatkan otot pevik akan membantu mengurangkan masalah ini.

Perubahan pada kulit semasa kehamilan.
Semakin besar kandungan, mungkin akan terdapat perubahan pada kulit dan rambut. Ini di sebabkan oleh perubahan hormon. Warna di sekitar payudara akan menggelap. Ini untuk persediaan penyusuan bayi selepas lahir.

Kejang, cramps, bengkak dan urat timbul, keletihan, sakit kepala.
Di atas adalah masalah yang selalu di adukan oleh wanita hamil. Setiap satu masalah mempunyai sebab di belakangnya, dan selalunya ia berkaitan dengan pemakanan dan gaya hidup. Terdapat kekurangan zat dalam makanan yang diambil seharian. Pastikan anda menjaga aspek makanan dengan baik. Senaman juga baik untuk melancarkan aliran darah dan membantu mengatasi masalah-masalah di atas.

Masalah di kemaluan.
Semasa kehamilan, hampir semua wanita mengalami discaj kemaluan. Ini berlaku kerana serviks dan dinding rahim melembut, dan discaj menghalang dari apa-apa jangkitan dari merebak ke atas dari vagina ke rahim. Perubahan hormon akan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Semua masalah di atas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Seperti biasa, penjagaan diet dan senaman yang rapi akan mengurangkan kebanyakan masalah di atas. Gaya hidup perlu berubah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Sekiranya masalah di atas berlarutan atau menjadi sangat teruk, hendaklah mendapatkan nasihat doktor.

7 hak wanita di bilik bersalin

Teks : Liyana Anaqi

Debaran hari melahirkan pun tiba. Pelbagai perasaan cemas, risau dan teruja bercampur baur. Namun, ada perkara yang perlu di ketahui sebelum melangkah masuk ke hospital, iaitu hak-hak sebagai wanita semasa di dalam hospital. Setiap wanita berhak menuntut kesemua hak-hak berikut samada di hospital kerajaan atau swasta.  Oleh itu, tidak perlu gusar lagi, tidak perlu takut teraniaya lagi.

Berikut adalah 7 hak wanita di hospital :

1. Bebas dari kecederaan dan layanan buruk. Tiada sesiapa boleh membuli anda.

2. Berhak atas informasi dan pilihan tentang rawatan atau cadangan yang di berikan. Setiap pilihan yang dibuat atau ditolak wajib di hormati.  Berhak mendapat peneman, dan situasi yang sesuai  semasa bersalin.

3. Semua maklumat peribadi anda adalah sulit. Tiada sesiapa patut melanggar hak peribadi anda.

4. Berhak menerima layanan yang baik dan dihormati. Tiada sesiapa boleh menghina atau menggunakan kata-kata kesat kepada anda.

5. Berhak mendapat layanan yang setara dengan orang lain tanpa diskriminasi. Tiada yang boleh melayan anda leih buruk dari yang lain kerana ada sesuatu tentang anda yang tidak disukainya

6. Berhak mendapat rawatan perbidanan yang paling baik yang boleh ditawarkan.

7. Mendapat hak mutlak ke atas pilihan sendiri, bebas dari paksaan. Tiada siapa yang boleh memisahkan anda dan bayi  tanpa sebab dari aspek undang-undang.

Ketahui hak anda, jaga kandungan dengan rapi agar dapat mengelakkan komplikasi semasa bersalin. Kurangkan masalah semasa di hospital.