Rutin Impian SAHM

Rutin Impian SAHM

Bila nama work at home mom, banyak benda kena juggle serentak. Anak, rumah, laundry, kerja, ibadah. Semua kita nak buat.

Hari ni saya share sedikit bagaimana hari saya kat rumah. Disclaimer : ini adalah impian saya sehari-hari. Ini adalah treshold yang saya nak capai. Tapi saya ok dah berpuas hati kalau dah buat even sebahagian kecil sahaja. I don’t go hard on myself. Plus I love sleeping.😆

Ada 4 turutan priority yang kena buat. Allah, spouse, anak2, kerja. Kerja jatuh no.4 (to my heartbreak. Sbb saya suka kerja).

At the same time, tambah housechores and meals into the picture. (Saya tau orang laki takkan bleh cope dah bila sampai part ni 🤣. Yep we have so much in our mind, that your wallet whereabout don’t fit in. Take care of your own wallet please. Or socks. Or towel.)

Saya suka habit tracker. Boleh Google template habit tracker lawa2. Sebelum2 ni saya buat habit tracker untuk track saya punya progress dalam bisnes sahaja. Kemudian saya terasa macam terlalu memberatkan bisnes dari aspek lain hidup saya. Sebab asal bangun pagi aje, saya terus tengok what to do today supaya saya boleh tick ✔✔ di habit tracker saya. Setiap pagi bangun bersemangat. So, saya masukkan jugak benda lain seperti “baca Quran satu muka surat”, “solat tahajud”, “one session with one child”, ke dalam habit tracker. Dan letak benda2 ni belah atas. Kena buat ni dulu, baru boleh buat kerja bisnes.

Oleh sebab saya suka kerja saya, saya cepat2 buat benda2 tu supaya saya boleh buat kerja bisnes related. 😊

Setiap orang, faktor motivator adalah berbeza-beza. Saya suka kerja saya, kdrama, dan tido. Bagi saya, you can manipulate apa yang kita suka, to be a motivating factor untuk buat benda yang kita tak berapa rajin nak buat, contohnya berzikir 1000kali sehari (ni jadi mudah bila bahagikan beberapa sesi sehari, dan letak reward kat belakang dia. Eg : nak buat kerja kena zikir dulu 200kali. Pastu baru bismillah buka laptop. Awal2 je rasa 200 tu banyak. Lama2 5000 zikir sehari pun mudah).

Lagi contoh :
Lepas habis 3 ipa, bleh layan kdrama 3 episod.
Nak tido tengah hari, panggil sorang anak, sembang2 sampai tido.

Sedikit demi sedikit, kita ubah lifestyle ke arah yang kita mahu. Saya tak seperti Marie Kondo yang bamm terus keluarkan dan kemas. Saya jenis sikit sikit. Masukkan satu habit ke habit tracker, bila rasa ok, masukkan satu habit lagi.

Pesanan penaja : jangan anggap perkara2 macam zikir, baca Quran tu tak IPA. Ia membantu IPA. Dengan meluangkan masa untuk Allah, kita akan lebih tenang dan waras, jadi IPA yang lain akan smooth sailing. Spend time untuk Allah. Kalau asset harta, kita kena keluarkan 2.5% zakat, bagaimana pula dengan masa? Masa juga adalah asset. Kena allocate masa dengan Allah.

Pic :cubaan membuat kerja yang tertangguh. Elok buka lappy, anak2 berkerumun. Jadi tutup semula, air teh Slique pun dah sejuk baru sempat minum. Post ini pun ditulis selepas 3 jam amik gambar, selepas habis baca matsurat, tido seround dengan baby, cebok 2 anak. Berbalik pada disclaimer, saya ok aje walau tak sempat buat. Saya tak go hard to myself. Bleh buka, pastu tutup pun takpa dah. Kira achievement dah. Dari takleh buka langsungĀ 😆

(Visited 2 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *