Naik moto pandai, isi petrol tak reti.

Dulu masa masih kerja, saya bawak motor. Sebab macam gambar ler. Duduk sri damansara kerja UM. Kalau bawak kereta boleh 2jam. Naik motor jem ke tak ke, tetap la setengah jam. Slow slow naik motor.

Kami beli skuter Ego S untuk senang bawa dan boleh naik pakai kain. Tak terselak-selak.

Tapi nak habaqnya bini manja ni, lepas kawen dia tak pernah amik tau macam mana nak isi minyak ke motor ni. Tau naik ja. Hal lain semua ada jejaka hebat settle kan. Sebelum beli skuter tu bukannya tak pernah naik moto. Ada ja motor masa uni. Wujud ja motor kat uni tu sampai sekarang. Modenas Kriss. Tapi hal EgoS tu memang tak pernah amik tau. Tau naik ja. Ulang alik UM – Damansara.

Nak jadi cerita, satu hari jejaka hebat tu tak dan isikan minyak. Dia pesan, satgi otw singgah petrol pump sebelum sampai One Utama tu. Isi dulu sebelum gi kerja. Ok la saya pun pergi je la. Bukan tak biasa isi petrol. Saja lepas kawen ada orang jaga hal-hal ni.

Skalik, bila dah turun motor, nak buka seat nak isi petrol, cari lubang kunci tak jumpa. Ahhh sudah. Nak nangis rasa. Wei mana hang wei. Siap call suami lagi. Tanya kat mana nak buka seat ni. Dia kata kat belakang bawah. Cam biasa la. Macam modenas gak. Memang la ku tau logiknya disitu. Tapi kenapa takde. Memusing cari lubang kunci tu. Duduk bangun duduk bangun. Rasanya petrol attendant tu dah tergelak-gelak dah tengok minah ni.

Dekat 5 minit la gak cari. 5 min yang panjang. (Nak kata terpanjang takleh. 2 minit nak beranak pun rasa bertahun dah). Baru la jumpa. Phew. Nasib tak sujud situ je. Nak nangis dah situ. Nak menyumpah pun ada apesal tak isikan siap2 petang maren.

Moralnya. Kena tau isi petrol kenderaan sendiri wakakaka.

* klmj sambil nengok budak sekolah dok wiu wiu naik moto depan rumah.
* mesti korang pandai isi minyak kan.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *