Sedikit ibrah dari ayam

Saya ada 4 ayam betina. 1 bapak. (Oke berbahagia la kalau laki dapat 4 bini kan hehe).

Susunan umur ayam-ayam ni, macam dalam gambar. Pic 1 ayam paling tua, pic 3 ayam paling muda, bini muda.

Ayam paling tua
Ayam bermadu
Ayam bongsu

Dorang semua kawen serentak. Kami introduce bapak ayam seekor sahaja at this one time. So takde ayam yang pernah ada anak.

Ayam sulung yang bertelur dulu, dan mengeram for the longest time. Ayam-ayam lain dah dua kali bertelur dan menetas tapi anak tak survive, either kena pijak oleh mak dia sendiri atau dimakan kucing.

Ayam kecik (yg paling muda) bertelur akhirnya dan mengeram. Dan dia bawak turun anak dia, walaupun sekor je, lagi 4 biji telur dia tinggal. Dan anak dia so far survive paling lama, sampai sekarang.

Ayam no.2 dan no.3 saya pun tak tau pasai pa depa ni kongsi sangkak. Haha. Tapi pagi tadi saya nampak ada anak menetas dah. Anak2 saya gi kira, katanya ada 8 ekor.

So nak jadi cerita, ada kucing masuk reban ni, dalam chaos ni, seekor anak dari madu berkongsi ni, jatuh kebawah, ke dalam sangkak ibu sulung yang mengeram dari zaman batu tu. Si ibu kuning (pic1) anggap tu anak dia, dan turun pengeraman (finally). Ni nak kira curi anak orang ke camna hahaha.

Moral of the story :

Umur banyak je tak bermakna lebih cerdik. Kalau umur banyak un, kalau tak reti jaga anak, tak reti jugak.

Kadang anak kau hilang pun, kau mungkin tak perasan. Anak manusia kot la tak hilang fizikal, tapi value hilang tak mudah disedari.

Beristeri 4 pun, kalau semua dah ada anak (telur), bapak ayam nganga sorang jugak, semua dok ngeram. Pastu bila dah netas, anak je yg mak tu hadap.

Sekian, cerita ayam

(Visited 10 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *