EO 101 : Macam mana saya boleh terjebak dengan Essential Oil

Teks dan Foto : Liyana Anaqi

Sejak tahun 2008, saya dan suami telah mengambil keputusan untuk perlahan-lahan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Kurangkan penggunaan makanan terproses, cut off fast food. Langkah pertama kami ialah, putuskan hubungan dengan satu jenama makanan terproses N.  Tanpa saya sangka, begitu banyak rupanya label N itu dalam dapur. Kami ambil masa setahun untuk, slow-slow kurangkan.

Kemudian setapak demi setapak, cuba untuk clean living. Tanpa bahan kimia, gunakan bahan organik untuk sabun dan pencuci.

Essential Oil, tambahan baru…

Sejak tahun 2013, saya mula mengetahui ada satu lagi cabang dalam clean living, iaitu penggunaan Essential Oil. Pada mulanya, saya hanya anggap ia sebagai satau bauan sahaja, aromatherapy, saja nak bagi wangi.

Rupanya banyak kegunaan Essential Oil yang saya tidak ketahui. Sedikit demi sedikit saya mula belajar. Semakin saya belajar dan menggunakannya, semakin seronok pula. Banyak manfaat yang saya dan keluarga dapat.

5 Essential Oil pertama saya, selain Lavender yang digunakan dalam minyak urut anak.

Dengan penggunaan satu Essential Oil, boleh nyah satu bahan kimia dari rumah…

Kalau selama ni , saya ada guna pencuci serbaguna untuk dapur, pencuci cermin untuk tingkap, pencuci khas untuk perabot dan lantai. Dengan satu Essential Oil sahaja, Lemon, semua benda-benda tu boleh diganti. Cuma titiskan Lemon EO ke dalam air dalam botol spray atau dalam baldi mop, semua tugas pencucian dah selesai.

Dalam setiap bahan pencuci komersial terdapat pelbagai jenis bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang. Dengan menggunakan EO (yang berasal dari tumbuhan), satu per satu bahan kimia keras dapat dikurangkan.

Mari mulakan perjalanan kearah clean living

Setelah penat bekerja seharian, atau menguruskan rumah seharian, kita mahu pulang dan berehat dalam rumah yang kita yakin bersih dari bahan-bahan yang memudaratkan. Essential Oil adalah salah satu pilihan saya ke arah itu, ia juga boleh menjadi pilihan anda.

Mari bersama-sama saya menerokai dunia Essential Oil yang mempunyai pelbagai manfaat untuk seluruh keluarga

(Visited 51 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *