5 baja mudah tanpa perlu di proses.

5 baja mudah tanpa perlu di proses.

Teks : Liyana Anaqi

Pembajaan kebun boleh memakan kos yang besar. Memproses baja sendiri adalah lebih murah tetapi memakan masa yang lama. Bagi kebun-kebun di bandar, agak susah untuk memproses baja sendiri, kerana ia memakan ruang dan mungkin ada bau yang kurang menyenangkan.

Bukan semua pembajaan itu sukar. Di sini, saya senaraikan 5 jenis bahan yang boleh dijadikan baja, tanpa kos dan usaha yang banyak.

1. Garam Epsom.
 Garam epsom amat berharga bagi kebun. Garam epsom mengandungi magnesium yang membantu dalam percambahan dan tumbesaran yang baik bagi pokok. Taburkan sesudu garam epsom di sekeliling pokok 2 ke 4 minggu sekali.

2. Kulit telur.
Kulit telur membekalkan kalsium kepada pokok. Sekiranya pokok atau rumput kelihatan kekuningan, gunakan kulit telur untuk hasil yang hijau dan cantik. Caranya, keringkan kulit telur, tumbuk sehingga halus, dan taburkan di pokok atau di halaman rumah.

Kedua-dua garam epsom dan kulit telur juga bertindak sebagai penghalang serangan serangga perosak seperti lintah dan siput.

3. Hampas kopi/teh/kelapa.
Taburkan sesudu kecil hampas ke pangkal pokok seminggu sekali. Lihat perubahan pada pokok. Simpan hampas dalam bekas bertutup di atas kaunter dapur supaya tidak di masuki semut atau tikus, atau buang hampas ke dalam tong simpanan di luar rumah dan gunakan bila perlu.

http://www.onegoodthingbyjillee.com/wp-content/uploads/2013/07/coffee-grounds.jpg

4. Kulit kerang.
Kulit kerang juga kaya dengan kalsium seperti kulit telur, Ia boleh digunakan untuk menghijaukan rumput halaman. Anda boleh aturkan kulit-kulit kerang sebagai sebahagian hiasan laman. Cantik dipandang dan memberikan manfaat kepada tanaman.

5. Rumput dan daun kering.
Sekiranya anda menyapu halaman, daun-daun dan rumput jangan dibuang. Ia amat berguna sebagai baja untuk pokok-pokok. Ianya lambat memberi kesan, tetapi longgokan rumput dan daun kering di pangkal pokok memberi perlindungan dari penyejatan air yang berlebihan. Potong atau guntingkan rumput kepada cebisan kecil sebelum di taburkan di keliling pokok supaya kelihatan lebih kemas.

Tidak perlu membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan halaman dan kebun yang cantik. Hanya perlu menggunakan sisa-sisa dari dapur. Selamat berkebun.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *