Pengurusan pakaian

Pengurusan pakaian

Teks : Liyana Anaqi

Tahukah anda, kita cuma menggunakan 20% dari keseluruhan pakaian 80% daripada kebiasaan. Walaupun ada banyak baju, tapi kenapa rasa berulang-ulang pakai baju yang sama? Bagaimana hendak mengenal baju yang sudah perlu dibuang? Baju pun banyak untuk di urus, tidak sempat di basuh dan di lipat. Gunung kain bajulah yang selalu menjadi igauan ngeri ibu-ibu.

Ini cara saya menguruskan pakaian. Selepas pelbagai sistem dicuba, setakat ini, cara ini yang terbaik untuk saya. Anda boleh ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Gunakan penyangkut baju
Saya gunakan penyangkut baju untuk semua baju-baju, dari baju dewasa sehingga bayi. Selepas di basuh, semua baju-baju di sidai menggunakan penyangkut baju. Setelah kering, baju diangkat dari ampaian  terus ke almari pakaian. bagi anak-anak yang besar, saya tugaskan mereka untuk memilih dan mengangkat sendiri pakaian masing-masing. Yang tinggal untuk dilipat hanyalah, kain-kain pelikat, kain batik, tuala dan tudung. Pakaian kecil dan stokin di masukkan dalam satu bakul berasingan, supaya senang di cari.

Gantung baju yang selalu di pakai.
Berapa helai baju yang sanggup anda guna selama sebulan. Saya boleh mengulang baju yang sama seminggu sekali. Jadi saya gantungkan baju sebanyak 7 ke 10 pasang baju basahan, dan mungkin 3 pasang baju yang lebih elok untuk keluar. Bilangan pakaian adalah terpulang kepada pilihan masing-masing. Pilih baju yang hendak di pakai seharian dari baju-baju ini. Lebihan baju-baju lain boleh di lipat dan di simpan di dalam laci atau almari. Sila cari jalan paling sesuai untuk menyimpan baju dengan lebih menjimat ruang dan kemas. Baju-baju T lebih mudah di simpan seara vertikal atau berdiri, untuk memudahkan ia di ambil

Gantung di kanan.
Anda boleh pilih mana-mana baju dari rak, tapi anda perlu gantung semula pakaian yang baru di basuh di sebelah paling kanan rak. Setiap kali mengambil baju, kembalikan penyangkut baju ke bahagian kanan, dan seterusnya di gunakan semula di ampaian. Kekalkan rutin ini.
Ganti baju seminggu sekali.
Seminggu sekali, adakan aktiviti menukar pakaian di rak dan di laci. Ambil baju di bahagian paling kiri rak penyidai, dan tukarkan dengan baju di dalam laci. Pastikan baju di dalam laci juga mempunyai sistem rotate dari bucu kiri atau kanan. Saya tukarkan satu pasang baju sahaja, anda boleh memilih untuk menukarkan beberapa pasang baju dalam satu masa. Semasa menukarkan baju itu, anda boleh menilik samada baju itu masih boleh dipakai atau tidak. Sekiranya masih mahu dipakai nanti, simpan di dalam laci. Sekiranya sudah tidak mahu di pakai, boleh keluarkan ia dari sistem dan di simpan dalam beg khas untuk di derma, di jual atau di kitar semula. Ganti semula baju yang di simpan atau di keluarkan dengan baju dari dalam laci.
Dengan ini, baju-baju boleh dipakai secara keseluruhan, dan anda boleh declutter tanpa perlu memperuntukkan masa khas untuknya. Masa yang diperlukan untuk mengurus dan melipat baju juga banyak dikurangkan, Masa yang terluang boleh digunakan untuk kegiatan bermanfaat yang lain.

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *