Syurga ikan, Kuala Selangor

Syurga ikan, Kuala Selangor

Teks : Liyana Anaqi

Kuala Selangor, tempat kami berbelanja membeli ikan secara pukal sekali sekala. Terletak di sepanjang pantai barat Malaysia, terdapat banyak pasar borong yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut. Bagi mereka yang tinggal berhampiran (atau pun jauh seperti kami), datang dengan kotak beku masing-masing untuk membeli ikan segar yang di naikkan setiap hari.

Sepanjang jalan besar Kuala Selangor, terdapat beberapa bandar kecil dengan pasar borong masing-masing. Boleh pilih mana satu yang berkenan di hati. Kali ini, kami ke Penambang, Kuala Selangor.

Banyak pilihan ikan dan makanan laut, sehingga rambang mata. Kita jamu gambar aje ya.

Telur ikan, di Country Homes, susah nak dapatkan banyak sebegini.
Ketam yang kelihatan sangat segar dan berat
Salah satu kedai pilihan kami membeli ikan.
Begitu banyak pilihan udang. Nak yang besar ke kecil?
Altaf yang terkejut melihat ikan yang banyak.
Jangan bimbang jika datang dari jauh, ais diberikan secara percuma. Anda hanya perlu menyediakan bekas.
Kepah yang menarik perhatian anak-anak hingga tidak mahu berganjak. Kepah-kepah sedang membuat simfoni pancutan air. Anak-anak kecil saya ketawa mengekek apabila terkena pancutan air.
Kepah sekilo telah di rebus, tanpa apa-apa perisa, tanpa garam. Manis, sedap. Makanan laut segar memang sedap

Stok ikan untuk sebulan mungkin. Bahagikan siap-siap kepada bahagian kecil dan dibekukan.
Sebelum pulang, sempat kami berjalan-jalan di tepi pantai

(Visited 75 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *