Cara set up modem baru streamyx

Cara set up modem baru streamyx

Teks : Liyana Anaqi

Pagi ini, modem saya Stremyx saya rosak. Minggu lepas, ada kejadian modem dan semua alat elektrik terpadam sebentar akibat kilat kuat. Tapi, semuanya kembali berfungsi seperti biasa. Rupanya, pagi ini barulah modem itu menamatkan servisnya.

Untuk pelanggan TM, boleh aje menghubungi pihak TM untuk menukar modem baru, tapi kerana saya mahukan sambungan semula yang cepat, saya beli sendiri modem baru di kedai komputer.

Sekiranya anda juga ingin membeli sendiri modem, pastikan ianya mampu menyokong sistem streamyx. Ada beberapa jenama modem yang boleh digunakan, namun antara yang paling popular adalah TP-lind dan D-link. modem-modem ini juga digunakan oleh pihak Streamyx.

Jadi, inilah modem yang saya beli. TP Link

Set up
Bagimana nak set up modem baru?
Untuk model ini, sambungkan semua sambungan wayar yang berkenaan. Cara sambungan ada ditunjukkan di dalam manual . Ataupun, hanya gantikan modem baru dan modem lama, sesuaikan wayar kabel mengikut modem lama. 
Buka komputer dan browser internet. Masukkan alamat berikut ” 192.168.1.1″ dan tekan enter. Anda akan di bawa ke page seperti berikut. Sekiranya ada paparan username dan password, masukkan ‘admin’ ke kedua-kedua ruangan dan tekan enter.
Klik pada “Quick Start” bagai yang tertera, dan masukkan butir-butir yang di minta. Sentiasa klik next apabila selesai mengisi butir-butir. Butir-butir yang diminta ada di dalam borang semasa anda mula-mula mendaftar dengan servis Streamyx. Namun sekiranya anda lupa, dan tidak pasti, anda boleh saja menghubungi talian bantuan TM. Dail 100 dari telefon rumah anda.
Siap. Cepat. Tanpa perlu menunggu sehari lagi
(Visited 86 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *