Berkebun tanpa ruang

Berkebun tanpa ruang

Teks : Liyana Anaqi
Bismillah,
Dengan ini, saya mulakan siri berkebun tanpa ruang. Saya tahu, ramai yang berminat untuk berkebun, namun menghadapi kekangan ruang. Ya bukan senang mendapatkan tanah yang luas untuk berkebun. Namun ini bukanlah suatu alasan lagi. Kini ada pelbagai teknik untuk membolehkan kebun kecil diusahakan walaupun tanpa ruang.
Bagi yang tinggal di taman perumahan dan mempunyai kawasan kecil di halaman, anda boleh memulakan kebun sendiri tanpa kos besar. Anda boleh gunakan teknik permaculture dan square foot gardening. Squarefoot gardening, membahagikan kawasan kepada kotak-kotak kecil bersaiz 1kali 1 kaki dan ditanam dengan tanaman yang berbeza. Kaedah ini membolehkan kita menanam pokok-pokok pilihan yang mahu digunakan setiap hari.
Manakala, permaculture pula sesuai bagi mereka yang lebih adventurous dan mempunyai kekangan masa. Permaculture ini juga dikenali sebagai food forest. Ianya semak dan padat. Mungkin tidak cantik di pandang mata, namun hasinya adalah lumayan.
Bagi yang tinggal di rumah pansa dan apartment, berkebun juga bukan mustahil. Akiviti berkebun boleh di lakukan secara  vertical garden, iaitu  menanam secara menegak. Walaupun kaedah ini tidak boleh di gunapakai untuk pohon berkayu seperti pokok limau dan bendi, namun anda masih lain boleh menanam pokok renek dan herba seperti kesum, daun ketubar, daun bawang, dan herba-herba masakan.
Nantikan ulasan untuk setiap satu cara berkebun tanpa ruang di entri berikutnya
(Visited 59 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *