Berkebun tanpa ruang : Vertical garden

Teks : Liyana Anaqi

Salam sejahtera, kali ini dalam siri berkebun tanpa ruang, mari kita berkenalan dengan vertical garden.

Vertical garden adalah kebun kecil yang di dirikan secara menegak, selalunya pada dinding. Tanaman yang sesuai untuk vertical garden adalah tumbuhan sayuran, herba, dan juga pokok bunga. Jadi, anda boleh mendapatkan bekalan makanan dari kebun sepanjang tahun, walaupun tiada ruang tanah untuk menanam.

Vertical garden boleh memberikan hasil yang lebih banyak dari  ruang yang sama di atas tanah. Perkara penting yang perlu diingat semasa membuat vertical garden adalah, dinding perlu di lapik dengan plastik dahulu untuk mengelakkan air terpercik ke dinding dan merosakkannya.

Mari kita lihat beberapa idea vertical garden

Ini adalah design kesukaan saya. Menggunakan palong air hujan untuk menyediakan media. Cara ini amat sesuai untuk menanam sayu-sayuran dan juga herba seperti pudina, kesum. Jimat, kan.
Ini juga dipanggil vertical garden. Kemas dan cantik. Saya boleh membayangkan baldi-baldi kecil ini di dapur di penuhi daun sup, daun bawang dan pudina. Mungkin, anda boleh sediakan satu kebun vertical di tempat lain, dan tukar gantikan baldi-baldi ini dengan pokok yang subur. Bukan sahaja boleh dimakan, ia juga menjadi sebahagian hiasan untuk dapur.
Ini adalah design yang mudah dan ringkas. Cuma memerlukan tempat menyimpan kasut. Ini hanya sesuai untuk tumbuhan yang ringan sahaja.
Kitar semula botol terpakai. Botol-botol ini digantung dengan tali sahaja, tidak memerlukan kerja pertukangan yang banyak.

Kotak kayu yang di kitar semula. Design ini boleh menampung pokok yang lebih berat.
Pokok herba yang bergantungan dari tali, dan di stabilkan dengan papan. Cara ini juga membolehkan pasu pokok ditukarganti dengan pokok yang subur.
Berbanding dengan design di atas, design ini menggantung pasu terracotta di pagai dawai.
Tiada dinding? Juga tiada masalah. Anda boleh wujudkan tower garden.  Malah, lebih menarik design menara ialah, anda boleh mewujudkan ruangan untuk kompos di tengah menara. Jadi, jimat baja dan kurang sampah untuk di buang
Jadi, tidak semestinya tiada ruang, tiada tanah, kita tidak boleh berkebun. Anda boleh berkebun, dengan sedikit kreativiti. Sekiranya anda mempunyai masalah pencahayaan, anda boleh gunakan lampu LED. Ianya murah dan memberikan cahaya yang diperlukan oleh pokok

(Visited 104 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *