Kehamilan : Meningkatkan bacaan hb

Teks : Liyana Anaqi

Heamoglobin adalah protein kaya dengan zat besi yang terdapat dalam sel darah merah, yang berfungsi untuk mebawa oksigen ke serata badan serta membawa karbon dioksida untuk dikumuhkan.. Kekurangan heamoglobin akan menyebabkan keletihan, lemah, sesak nafas, pening, sakit kepala, kepucatan, dan hilang selera makan.

Sekiranya paras heamoglobin (hb) jatuh dengan teruk, anda mungkin di diagnos sebagai anemia. Hb yang rendah sering berlaku kepada ibu mengandung. Dalam fasa hamil, darah akan bertambah kuantiti sehingga 50%, jadi seorang ibu perlu memastikan pengambilan sumber zat besi yang mencukupi untuk menampung kadar pertambahan ini.

Ada ramai orang, termasuk saya, yang tidak dapat menerima pil zat besi, ia menyebabkan sembeli yang teruk. Jadi saya usahakan cara lain agak keperluan zat besi saya mencukupi tanpa menyebabkan masalah lain kepada saya.

1.  Usahakan makan makanan yang kaya dengan zat besi. Banyak makanan yang boleh dimakan. Selepas saya membuat keputusan untuk tidak lagi makan pil iron, barulah ternampak, rupanya banyak makanan yang tinggi zat besi. Makanan berdaging, daging merah, makanan laut, sayur sayuran seperti kale, kekacang, kaya dengan zat besi. Buah-buahan seperti epal, delima, ubi bit merah, juga boleh dimasukkan ke dalam diet harian.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin C
Vitamin C meningkatkan kadar penyerapan zat besi ke dalam badan. Oleh itu sila pastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan seperti oren, limay, strawberry, cili, betik, tomato.

3. Folate.
Folate adalah sejenis vitamin B dalam keadaan natural. Adalah lebih baik untuk mengambil folate dari sumber semulajadi seperti sayuran berdaun, hati, nasi, ulam-ulaman, kekacang, pisang dan brokoli.

4. Ubi bit merah dan epal.
Ubi bit merah adalah amat digalakkan untuk meningkatkan paras hemoglobin. Ia kaya dengan zat besi, folate, dan juga serat dan potassium. begitu juga dengan epal.

5. Molasses
Ini adalah kaedah turun temurun untuk mengatasi masalah kekurangan darah merah. Gula molasses boleh ditambah kedalam makanan dan minuman. Molasses kaya dengan zat besi, folate dan pelbagai vitamin B yang dapat membantu meningkatkan bilangan sel darah merah

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan juga boleh diusahakan sekiranya perlu. Terdapat makanan tambahan dalam bentuk cecair yang mudah dihadam dan tidak sembelit, seperti Floradix. Makanan tambahan seperti spirulina jua dikatakan boleh membantu menambah darah

Penjagaan makanan adalah sangat penting bagi ibu hamil. Ibu hamil perlu memastikan semua makanan yang dimakan kaya dengan khasiat untuk diri dan anak yang dikandung. Hentikan semua makanan rapu dan makanan yang tidak mempunyai nilai yang baik. Semakin perut mebesar, semakin sempit, maka tidak dapat makan dengan banyak, jadi ianya penting untuk memastikan, hanya yang baik-baik sahaja dimakan.

Suami-suami juga boleh membantu memastikan penjagaan makanan yang betul.
.

(Visited 34 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *