Masalah biasa semasa kehamilan

Teks : Liyana Anaqi

Badan kita mengalami perbagai perubahan semasa kehamilan. Ada ketikanya perubahan itu memberikan sedikit masalah atau ketidakselesaan. Namun, sekiranya ia tidak serius, ia masih dianggap normal dan boleh di atasi dengan diet dan gaya hidup yang sesuai

Mual dan muntah-muntah.
Morning sickness adalah simptom biasa di awal kehamilan dan selalunya akan hilang di akhir trimester pertama. Walaupun namanya morning sickness,  ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana perubahan hormon.

Sakit pinggang dan belakang/
Semasa hamil, ligamen dan otot badan menjadi lebih lembut dan meregang. Semakin menghampiri akhir kehamilan, semakin ia melembut sebagai persediaan untuk hari berssalin. Ini menyebabkan lebih banyak beban di letakkan ke bahagian bawah pinggang dan pelvis. Hal ini boleh diatasi dengan senaman yang berterusan sejak awal kehamilan.

Masalah membuang air.
Ada wanita yang tidak dapat mengawal pembuangan air besar dan kecil semasa hamil. Ini agak memalukan dan tidak selesa. Pengawalan makanan dan senaman menguatkan otot pevik akan membantu mengurangkan masalah ini.

Perubahan pada kulit semasa kehamilan.
Semakin besar kandungan, mungkin akan terdapat perubahan pada kulit dan rambut. Ini di sebabkan oleh perubahan hormon. Warna di sekitar payudara akan menggelap. Ini untuk persediaan penyusuan bayi selepas lahir.

Kejang, cramps, bengkak dan urat timbul, keletihan, sakit kepala.
Di atas adalah masalah yang selalu di adukan oleh wanita hamil. Setiap satu masalah mempunyai sebab di belakangnya, dan selalunya ia berkaitan dengan pemakanan dan gaya hidup. Terdapat kekurangan zat dalam makanan yang diambil seharian. Pastikan anda menjaga aspek makanan dengan baik. Senaman juga baik untuk melancarkan aliran darah dan membantu mengatasi masalah-masalah di atas.

Masalah di kemaluan.
Semasa kehamilan, hampir semua wanita mengalami discaj kemaluan. Ini berlaku kerana serviks dan dinding rahim melembut, dan discaj menghalang dari apa-apa jangkitan dari merebak ke atas dari vagina ke rahim. Perubahan hormon akan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Semua masalah di atas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Seperti biasa, penjagaan diet dan senaman yang rapi akan mengurangkan kebanyakan masalah di atas. Gaya hidup perlu berubah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Sekiranya masalah di atas berlarutan atau menjadi sangat teruk, hendaklah mendapatkan nasihat doktor.

(Visited 34 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *