Perjalanan menulis bermula kembali

Perjalanan menulis bermula kembali

Teks : Liyana Anaqi

Nak tulis blog, tapi tidak tahu nak bermula dimana
Nak tulis blog, tapi tidak tahu nak tulis apa

 Itulah saya. Suatu masa dahulu, saya rajin menulis blog, namun skil itu pupus setelah sekian lama. Apabila mahu bermula kembali, saya seolah kehilangan arah. Pernah mencuba beberapa kali, namun tidak bertahan. Saya terjumpa kelas ABDR sejak setahun lalu, terfikir untuk bermula tapi tetap tiada tindakan. Kali ini, saya teruskan juga langkah pertama iaitu, mendaftar ke kelas asas blog, ABDR. Setelah sekian lama mencuba, tiada progress, baik saya cuba jalan ini pula.

Pada permulaannya, saya cuma inginkan tunjuk ajar bagaimana mahu menyusun blog menjadi lebih tersusun dan interaktif. Bagaimana mahu membuat blog yang lebih fokus. Tanpa saya sangka, saya mendapat lebih dari itu.

Sebaik sahaja mendaftar, saya mendapat tugasan menulis tanpa henti. Saya agak terkejut pada mulanya, apa yang nak ditulis ni? Saya mulai mengubahsuai pengalaman-pengalaman lepas yang pernah saya kongsikan di Facebook kepada entri. Ada juga ketikanya saya berfikir tidak mahu mengejar bilangan entri kerana saya dapat rasakan tiada roh dalam penulisan saya. Namun saya tetap juga berusaha menulis idea-idea di atas buku nota, dan sedaya upaya cuba juga menulis.

Mungkin kerana paksaan itu, saya mulai memerhati sekeliling dengan lebih teliti. Pada mulanya, hanya bertujuan mencari idea untuk menulis entri, lama -kelamaan saya menjadi suka meneliti alam dengan lebih minat. Hati semakin seronok, Apabila minda mulai berjalan, terasa mood semakin baik. Ayat yang pada mula dahulu tunggang langgang, mulai mengalir lancar.

Saya akui, banyak idea menerawang di dalam minda tidak dapat dizahirkan. Saya berharap, saya akan terus menulis, berkongsi, dan menyimpan semua maklumat hari ini untuk hari esok.

Kepada sesiapa yang memerlukan sedikit push  untuk mula blogging, sila daftarkan diri anda dengan Akedemi Bekerja Dari Rumah. Bagi sesiapa yang ingin mencari idea baru untuk memulakan perniagaan dari rumah juga dialu-alukan. Sila klik logo di bawah untuk mulai mengubah hidup anda.

Akedemi Bekerja Dari Rumah 

(Visited 35 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *