Baja kulit telur

Kulit telur yang sekian lama di kumpulkan.


Rupanya kulit telur pun mempunyai banyak manfaat. Rugi sekiranya di buang begitu sahaja. Di atas adalah himpunan kulit telur saya selama sebulan. Banyak rupanya kami sekeluarga makan telur, hihi.
Semua tumbuhan memerlukan kalsium dan mineral untuk tumbesaran dan penghasilan buah dan sayur yang baik. Kulit telur adalah sumber yang murah dan mudah. Hampir semua baja komersial mengandungi kalsium, jadi kenapa tidak menggunakan kulit telur sahaja. Percuma.
Kulit telur boleh digunakan secara terus ke pokok-pokok. Cuma ramas-ramas dan buangkan ke pangkal pokok. saya suka jemur dahulu, supaya ia lebih rapuh dan mudah diramas atau ditumbuk.
Altaf ‘tumbuk’ kulit telur dengan bata.

Selepas seharian dijemur, kulit telur menjadi mudah dipecahkan. Tiada lagi liat-liat kulit sebelah dalam telur. Altaf, 2 tahun, tolong pecahkan kulit telur.
Kulit telur di tabur ke pangkal pokok

Kulit telur sudah boleh di tabur ke pokok. serpihan kulit telur juga dapat menghindarkan siput babi dan lintah, kerana sisinya yang tajam boleh melukakan bahagian bawah binatang perosak itu. Dua dalam satu, baja dan penghalau makhluk perosak.
Tips tambahan : sekiranya ingin digunakan sebagai baja rumput di laman, kisar halus kulit telur dengan blender kering menjadi serbuk. Jadi, apabila ditabur, serpihan kulit telur tidak akan kelihatan.
Dua beradik, Altaf dan Aiza, rajin menolong mak petang-petang.

(Visited 38 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *