Penggunaan essential oil untuk kehamilan

Teks : Liyana Anaqi

Ramai wanita yang menggunakan essential oils  memberikan maklum balas yang baik tentangnya. Essential oils  membantu meringankan masalah-masalah yang dihadapai semasa kehamilan.

Tiada peraturan yang khusus untuk menggunakan minyak pati, namun ada beberapa jenis yang menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil. Minyak pati yang lembut seperti Lavender dan Frankincense, banyak di gunakan untuk menenangkan perasaan dan meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Untuk mengatasi rasa mual dan loya, pilihan minyak pati seperti Peppermint, iGize, Citrus Fresh dan Lemongrass boleh membantu.

Minyak pati perlu digunakan secara berhati-hati di awal kehamilan kerana ia boleh menyebabkan kontraksi dan membahayakan kandungan. Setelah kandungan menginjak usia trimester kedua, bayi sudah mulai lengkap dan lebih banyak pilihan minyak pati boleh digunakan. Namun begitu masih terdapat yang perlu di elakkan seperti Cinnamon, Clove, Rosemary, dan Clary Sage yang mana boleh menyebabkan kontraksi.

Berikut adalah senarai minyak pati yang selamat di gunakan dalam kehamilan (trimester kedua dan ketiga)

– Bergamot – Eucalyptus – Geranium – Ginger – Grapefruit – Lavender – Lemon – Lemongrass -Lime – Rose- Ylang ylang

Minyak pati yang perlu di elakkan

-Basil -Cedarwood – Clary Sage – Clove – Nutmeg -Rosemary – Thyme – Wintergreen

Di atas adalah sebahagian sahaja. Sebarang penggunaan minyak pati perlu di buat dengan berhati-hati semasa kehamilan. Tanya penjual anda untuk maklumat lanjut

Bagaimana menggunakan essential oils dengan selamat.

Teks : Liyana Anaqi.

Sejak sekian lama, essential oil atau minyak pati, digunakan untuk menaikkan semangat, membantu masalah kesihatan, menyeimbangkan emosi dan mental dan meningkatkan kualiti hidup. Penggunaan minyak pati dengan betul menjamin keselamatan dan memberikan kesan yang optimum.

Aromatik.

Deria bau boleh memberikan kesan yang kuat ke atas respon fizikal, metal dan emosi manusia. Bauan minyak pati diserap dengan cepat melalui deria bau yang bersambung secara terus dengan sistem  limbik dan otak yang boleh mengawal fungsi emosi, kelakuan daan daya ingatan. Oleh kerana itu, penggunaan minyak pati melalui teknik aromatik mempunyai impak besar.

Sesetengah minyak pati mempunyai efek menyegarkan dan ada yang memberi efek menenangkan. Cara paling mudah untuk menikmati bauan minyak pati ialah dengan menggunakan diffuser.  Namun, tanpa alatan atau gadget pun, anda masih boleh menikmati haruman minyak pati dengan menitiskan beberapa titik minyak pati ke tapak tangan, gosokkan tangan dan tekupkan ke hidung.

Antara cara lain yang boleh digunakan ialah :

  • Titikkan di kapas dan letakkan di penghawa dingin kereta anda
  • Campurkan minyak pati dengan air di dalam botol penyembur, dan semburkan di perabot, dan langsir
  • Campurkan sedikit dalam cucian pakaian
  • Gunakan sebagai sebahagian dari kaedah pencuci di rumah
Topikal
Penggunaan secara topikal adalah sangat berkesan, kerana minyak pati mempunyai saiz molekul yang kecil dan larut di dalam lemak. Ini membolehkan ia meresap dengan cepat ke dalam kulit. Selepas ia di serap, ia akan kekal untuk suatu masa di tempat yang di sapu dan memberikan kesan lokal.
Sapuan minyak pati juga boleh di iringi dengan urutan untuk meningkatkan pengaliran darah di kawasan tersebut lalu memberikan kesan secara lebih meluas. Perlu di ingatkan untuk menggunakan carrier oil  untuk mencairkan minyak pati tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang alahan dan menyebarkan minyak ke kawasan yang lebih luas.
 
Minyak pati boleh disapukan ke
  • Leher
  • Dahi 
  • Dada dan abdomen
  • Lengan, kaki dan tapak kaki
Cara lain yang boleh digunakan
  • Tambahkan beberapa titik ke dalam air mandian
  • Tuam panas/sejuk dengan mencampurkan beberapa titik EO ke dalam air rendaman
  • Tambah Eo ke dalam losyen atau pelembab yang digunakan
Kawasan yang patut di elakkan dalam penggunaan EO
  • Sekitar mata
  • Mata dan dalam telinga
  • Luka yang terbuka 
Selamat mencuba minyak pati dan rasai perbezaannya.

Masalah biasa semasa kehamilan

Teks : Liyana Anaqi

Badan kita mengalami perbagai perubahan semasa kehamilan. Ada ketikanya perubahan itu memberikan sedikit masalah atau ketidakselesaan. Namun, sekiranya ia tidak serius, ia masih dianggap normal dan boleh di atasi dengan diet dan gaya hidup yang sesuai

Mual dan muntah-muntah.
Morning sickness adalah simptom biasa di awal kehamilan dan selalunya akan hilang di akhir trimester pertama. Walaupun namanya morning sickness,  ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana perubahan hormon.

Sakit pinggang dan belakang/
Semasa hamil, ligamen dan otot badan menjadi lebih lembut dan meregang. Semakin menghampiri akhir kehamilan, semakin ia melembut sebagai persediaan untuk hari berssalin. Ini menyebabkan lebih banyak beban di letakkan ke bahagian bawah pinggang dan pelvis. Hal ini boleh diatasi dengan senaman yang berterusan sejak awal kehamilan.

Masalah membuang air.
Ada wanita yang tidak dapat mengawal pembuangan air besar dan kecil semasa hamil. Ini agak memalukan dan tidak selesa. Pengawalan makanan dan senaman menguatkan otot pevik akan membantu mengurangkan masalah ini.

Perubahan pada kulit semasa kehamilan.
Semakin besar kandungan, mungkin akan terdapat perubahan pada kulit dan rambut. Ini di sebabkan oleh perubahan hormon. Warna di sekitar payudara akan menggelap. Ini untuk persediaan penyusuan bayi selepas lahir.

Kejang, cramps, bengkak dan urat timbul, keletihan, sakit kepala.
Di atas adalah masalah yang selalu di adukan oleh wanita hamil. Setiap satu masalah mempunyai sebab di belakangnya, dan selalunya ia berkaitan dengan pemakanan dan gaya hidup. Terdapat kekurangan zat dalam makanan yang diambil seharian. Pastikan anda menjaga aspek makanan dengan baik. Senaman juga baik untuk melancarkan aliran darah dan membantu mengatasi masalah-masalah di atas.

Masalah di kemaluan.
Semasa kehamilan, hampir semua wanita mengalami discaj kemaluan. Ini berlaku kerana serviks dan dinding rahim melembut, dan discaj menghalang dari apa-apa jangkitan dari merebak ke atas dari vagina ke rahim. Perubahan hormon akan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Semua masalah di atas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Seperti biasa, penjagaan diet dan senaman yang rapi akan mengurangkan kebanyakan masalah di atas. Gaya hidup perlu berubah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Sekiranya masalah di atas berlarutan atau menjadi sangat teruk, hendaklah mendapatkan nasihat doktor.

7 hak wanita di bilik bersalin

Teks : Liyana Anaqi

Debaran hari melahirkan pun tiba. Pelbagai perasaan cemas, risau dan teruja bercampur baur. Namun, ada perkara yang perlu di ketahui sebelum melangkah masuk ke hospital, iaitu hak-hak sebagai wanita semasa di dalam hospital. Setiap wanita berhak menuntut kesemua hak-hak berikut samada di hospital kerajaan atau swasta.  Oleh itu, tidak perlu gusar lagi, tidak perlu takut teraniaya lagi.

Berikut adalah 7 hak wanita di hospital :

1. Bebas dari kecederaan dan layanan buruk. Tiada sesiapa boleh membuli anda.

2. Berhak atas informasi dan pilihan tentang rawatan atau cadangan yang di berikan. Setiap pilihan yang dibuat atau ditolak wajib di hormati.  Berhak mendapat peneman, dan situasi yang sesuai  semasa bersalin.

3. Semua maklumat peribadi anda adalah sulit. Tiada sesiapa patut melanggar hak peribadi anda.

4. Berhak menerima layanan yang baik dan dihormati. Tiada sesiapa boleh menghina atau menggunakan kata-kata kesat kepada anda.

5. Berhak mendapat layanan yang setara dengan orang lain tanpa diskriminasi. Tiada yang boleh melayan anda leih buruk dari yang lain kerana ada sesuatu tentang anda yang tidak disukainya

6. Berhak mendapat rawatan perbidanan yang paling baik yang boleh ditawarkan.

7. Mendapat hak mutlak ke atas pilihan sendiri, bebas dari paksaan. Tiada siapa yang boleh memisahkan anda dan bayi  tanpa sebab dari aspek undang-undang.

Ketahui hak anda, jaga kandungan dengan rapi agar dapat mengelakkan komplikasi semasa bersalin. Kurangkan masalah semasa di hospital.

Apa nak buat bila anak songsang?

Teks : Liyana Anaqi

Anak sulung saya dilahirkan secara pembedahan kerana songsang. Jadi, untu kehamilan seterusnya, saya sentiasa mengambil berat tentang isu anak songsang. Semasa hamil anak pertama, saya tiada sebarang usaha untuk membetulkan kedudukan anak, kecuali sujud banyak-banyak.

Anak kedua saya juga songsang, sehingga minggu ke 38, begitu juga anak ke 3 dan ke 4. Wah semuanya songsang? Ya. Tapi, saya lebih mengambil berat dan melakukan banyak usaha supaya bayi dapat berpusing kembali.

Kenapa anak songsang? Ya kenapa nak songsang. Perlu diketahui, pada badan seorang bayi, bahagian yang paling berat adalah kepala, dan menjadi pusat graviti bayi. Dalam keadaan yang berair, seperti didalam rahim, kepala akan secara fiziknya akan jatuh ke bawah. Tetapi, kenapa ia ke atas atau ke tepi?

Salah satu faktor utama ialah postur ibu.bayi hanya duduk ditempat sempit yang berubah dengan postur ibunya. Jadi sekiranya ibu memberi tempat yang senget, maka bayi akan ikut menyenget. Gaya hidup kita zaman sekarang, banyak menyebabkan kita slouching  samada ke depan atau kebelakang, banyak duduk di kerusi dan jarang bergerak. Semua ini menyebabkan ruangan yang tidak optimum untuk bayi. Pusat gravitinya akan berubah dan bayi akan berpusing mengikut keselesaannya.

Jadi,apa nak buat? Ibu kena jaga postur badan. Postur postur postur. Setiap masa, ingat tentang postur. Duduk dengan tegak dan tidak slouching. Banyakkan berjalan. Jadikan senaman harian. Senaman-senaman ringan semasa kehamilan adalah penting. Ia membantu posisi bayi, dan menyediakan badan untuk hari besar kelak.

Antara website yang saya rekomen untuk kandungan sonsang ialah Spinning Babies. Terdapat banyak senaman ringan yang boleh dilakukan. Senaman yang ringkas tapi memberi impak yang kuat. Mengah dan semput dibuatnya.

Betulkan badan ibu, bayi akan mengikut. Usaha habis-habisan. Selagi belum bersalin, anda masih ada masa.

Senaman forward leaning inversion. cuma 30 saat sehari.
Rebozo. Teknik ibi bukan sahaja “mengangkat” bayi untuk memberi lebih ruang, tapi memberikan keselesaan yang “aaahhhh” pada ibu.

Oksitosin, hormon cinta

Teks : Liyana Anaqi

Hormon oksitosin adalah hormon cinta yang hanya muncul memuncak pada 3 situasi : semasa hubungan kelamin, semasa bersalin, dan semasa menyusukan anak. Ketiadaan atau kekurang hormon ini semasa ketiga-tiga situasi itu mungkin akan menyukarkan keadaan. Oksitosin menghubungkan ibu dengan orang-orang disekelilingnya.

Oksitosin dan proses kelahiran

Kenapa pentingnya oksitosin semasa kelahiran? Oksitosin adalah salah satu hormon yang berganding bahu semasa proses kelahiran. Oksitosin bertindak mengecutkan otot-otot rahim untuk menolak bayi keluar. Ia di lepaskan secara perlahan supaya badan apat merasai kontraksi secara berperingkat. Oksitosin akan dikeluarkan secara memuncak dan mendadak sewaktu di akhir penolakan bayi keluar,

Oksitosin adalah sejenis beta-endorphin yang menyebabkan kurang rasa sakit. Jadi, di saat-saat sukar proses bersalin, kesakitan melahirkan akan terasa kurang. Tambahan pula, penghasilan oksitosin yang memuncak di akhir kelahiran akan mengurangkan rasa sakit dan meransang bonding  cinta ibu dan anak.

Oksitosin yang terjana semasa melahirkan juga akan memberi manfaat selepas itu, iaitu semasa menyusukan. Hormon oksitosin akan meransang pengecutan kelenjar mamary di payudara untuk penyusuan yang lancar. Malah, hormon ini juga akan membantu pengecutan rahim dengan cepat.

Kenapa perlu tahu tentang oksitosin?

Ya, kenapa perlu bersusah payah mengenali oksitosin? Oksitosin yang berharga ini amat sensitif, dan ‘pemalu’. Sekiranya berada dalam keadaan yang tidak kondusif, penghasilannya akan terjejas. Seperti contoh, cahaya yang terlalu terang, kehadiran orang-orang yang tidak di kenali. Keadaan yang tidak selamat akan membuka kepada mod ‘fight and flight’ , badan akan menutup hormon -hormon yang selesa seperti oksitison dan menghasilkan hormon stress untuk melarikan diri. Ini akan menjadikan proses kelahiran bertambah susah dan mungkin penyusuan tidak berjaya.  Oleh itu, adalah sangat penting untuk memelihara diri ibu yang sedang melahirkan dari gangguan luaran yang boleh menyebabkan penghasilan oksitosinnya terganggu.

Terdapat juga, hormon sintetik yang kerap digunakan di hospital iaitu pitocin. Pitocin adalah hormon sintetik yang menyerupai oksitosin. Namun ia masih mempunyai banyak kekurangan. Pitocin di suntik ke dalam darah, tidak seperti oksitosin yang dihasilkan di otak (hypothalamus). Oleh itu pitocin tidak sampai ke bahagian otak untuk menjana satu lagi hormon iaitu endorfin yang merupakan hormon penahan sakit semulajadi. Walaupun pitocin dapat menghasilkan kesan yang sama dengan oksitosin dalam aspek pengecutan otot rahim (kontraksi), namun ia tidak dapat memberikan kesan tahan sakit dan cinta.

Penggunaan pitocin adalah malar, tidak seperti penghasilan hormon oksitosin yang boleh meningkat dan mengurang mengikut keadaan. Peningkatan mendadak semasa saat akhir penolakan bayi, akan mencetuskan rasa cinta dan kurang sakit secara serentak. Namun aspek ini tiada dalam penggunaan pitocin. Kontraksi akan berlaku lebih lama dan panjang dengan pitocin.

Apakah faktor yang boleh meningkatkan penghasilan oksitosin?

Urutan boleh meransang penghasilan oksitosin. Urutan lembut di belakang badan akan memberikan rasa selesa. Rasa selesa dan selamat, akan memberikan isyarat untuk penghasilan oksitosin. Oksitosin juga boleh menghilangkan rasa takut. Ini amat berguna untuk menghadapi kelahiran.

Senyuman dan ketawa juga boleh menaikkan penghasilan oksitosin. Oleh itu, jagalah perasaan ibu hamil sebaiknya.

Semua orang mempunyai masa yang lama sebelum menempuh hari bersalin. Oleh itu, buatlah persediaan rapi. Jaga kesihatan dengan elok, dan ambil peduli tentang proses badan semasa kelahiran. Dengan mengetahui ilmu-ilmu ini, perasaan takut dan cemas dapat dikurangkan.

Oh ya, sekiranya anda suka coklat, ini ada berita baik. Makan coklat juga boleh memberikan kesa oksitosin.

3 senaman ringkas untuk ibu hamil

Teks : Liyana Anaqi

Kesihatan semasa kehamilan adalah penting untuk menjamin kesihatan ibu dan anak.  Antara perkara yang penting untuk kesihatan ialah senaman. Walaupun membawa perut yang berat selalu menyebabkan kita lebih suka berehat sahaja, namun senaman amat penting untuk melancarkan darah, melonggarkan sendi dan otot, dan menyediakan badan untuk hari penting iaitu hari kelahiran. Proses melahirkan adalah suatu proses yang berat dan memenatkan. Ianya seperti marathon yang tidak akan berhenti sehingga selesai bayi dilahirkan/ Oleh itu, persediaan stamina yang mantap penting untuk memudahkan proses kelahiran.

Terdapat banyak senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu mengandung. Antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah seperti yoga dan  pilates. Berikut saya senaraikan 3 senaman yang saya secara  peribadi lakukan.

Berjalan
Ini antara senaman yang saya tak berapa rajin, tapi suami pastikan saya berjalan setiap hari. Kami bawa anak-anak ke taman, dan saya akan berjalan laju mengelilingi taman permainan. Ini perlu dimulakan sejak awal kehamilan, supaya dapat mengumpul stamina. Mulakan dengan jarak yang dekat dan tambah sedikit-sedikit sehingga akhir kehamilan. Berjalan banyak akan membuka ruang untuk bayi turun ke rongga pelvis.

Mencangkung
Mencangkung adalah senaman penting bagi ibu hamil. Mencangkung membuka jalan untuk bayi keluar. Seperti berjalan, mencangkung perlu dilakukan secara berdikit-dikit sejak awal kehamilan. Ini akan melonggarkan otot-otot sekeliling pinggang dan pinggul, menyediakkannya ke arah porses kelahiran. Senaman mencangkung ini boleh dilakukan dari 10 kali sehari, dan ditambah sedikit-sedikit sehingga 300 kali sehari. Atau, boleh saja mencangkung sambil membuat kerja harian seperti membasuh baju atau merumput dihalaman.

Butterfly sits
Ini adalah senaman kegemaran saya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja hatta semasa menonton televisyen. senaman ini dalam membetulkan urat saraf di sekeliling pinggul. Saya mengidap sakit-sakit pinggul semasa mengandung, dan Alhamdulillah, selepas mengamalkan senaman ini, sakit itu banyak berkurangan.

Penjagaan kehamilan adalah penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa hamil. Sekiranya komplikasi dapat dielakkan, proses bersalin yang lebih baik dan tenang dapat dicapai. Ibu dan anak akan mendapat banyak faedah dari proses bersalin yang baik.

Sekiranya anak songsang atau kedudukan yang tidak optimum, senaman-senaman yang boleh dibuat adalah senaman-senaman dari laman web www.spinningbabies.com. Kedudukan bayi didalam rahim adalah disebabkan oleh postur ibu. Postur ibu yang tidak optimum menyebabkan ruang didalam rahim yang tidak optimum seterusnya menyebabkan bayi mengikut ruangan yang diberikan oleh ibu.

Kehamilan : Meningkatkan bacaan hb

Teks : Liyana Anaqi

Heamoglobin adalah protein kaya dengan zat besi yang terdapat dalam sel darah merah, yang berfungsi untuk mebawa oksigen ke serata badan serta membawa karbon dioksida untuk dikumuhkan.. Kekurangan heamoglobin akan menyebabkan keletihan, lemah, sesak nafas, pening, sakit kepala, kepucatan, dan hilang selera makan.

Sekiranya paras heamoglobin (hb) jatuh dengan teruk, anda mungkin di diagnos sebagai anemia. Hb yang rendah sering berlaku kepada ibu mengandung. Dalam fasa hamil, darah akan bertambah kuantiti sehingga 50%, jadi seorang ibu perlu memastikan pengambilan sumber zat besi yang mencukupi untuk menampung kadar pertambahan ini.

Ada ramai orang, termasuk saya, yang tidak dapat menerima pil zat besi, ia menyebabkan sembeli yang teruk. Jadi saya usahakan cara lain agak keperluan zat besi saya mencukupi tanpa menyebabkan masalah lain kepada saya.

1.  Usahakan makan makanan yang kaya dengan zat besi. Banyak makanan yang boleh dimakan. Selepas saya membuat keputusan untuk tidak lagi makan pil iron, barulah ternampak, rupanya banyak makanan yang tinggi zat besi. Makanan berdaging, daging merah, makanan laut, sayur sayuran seperti kale, kekacang, kaya dengan zat besi. Buah-buahan seperti epal, delima, ubi bit merah, juga boleh dimasukkan ke dalam diet harian.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin C
Vitamin C meningkatkan kadar penyerapan zat besi ke dalam badan. Oleh itu sila pastikan pengambilan vitamin C yang mencukupi. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan seperti oren, limay, strawberry, cili, betik, tomato.

3. Folate.
Folate adalah sejenis vitamin B dalam keadaan natural. Adalah lebih baik untuk mengambil folate dari sumber semulajadi seperti sayuran berdaun, hati, nasi, ulam-ulaman, kekacang, pisang dan brokoli.

4. Ubi bit merah dan epal.
Ubi bit merah adalah amat digalakkan untuk meningkatkan paras hemoglobin. Ia kaya dengan zat besi, folate, dan juga serat dan potassium. begitu juga dengan epal.

5. Molasses
Ini adalah kaedah turun temurun untuk mengatasi masalah kekurangan darah merah. Gula molasses boleh ditambah kedalam makanan dan minuman. Molasses kaya dengan zat besi, folate dan pelbagai vitamin B yang dapat membantu meningkatkan bilangan sel darah merah

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan juga boleh diusahakan sekiranya perlu. Terdapat makanan tambahan dalam bentuk cecair yang mudah dihadam dan tidak sembelit, seperti Floradix. Makanan tambahan seperti spirulina jua dikatakan boleh membantu menambah darah

Penjagaan makanan adalah sangat penting bagi ibu hamil. Ibu hamil perlu memastikan semua makanan yang dimakan kaya dengan khasiat untuk diri dan anak yang dikandung. Hentikan semua makanan rapu dan makanan yang tidak mempunyai nilai yang baik. Semakin perut mebesar, semakin sempit, maka tidak dapat makan dengan banyak, jadi ianya penting untuk memastikan, hanya yang baik-baik sahaja dimakan.

Suami-suami juga boleh membantu memastikan penjagaan makanan yang betul.
.

Mengetahui kehamilan tanpa UPT

Teks : Liyana Anaqi

Bagaimana menguji kehamilan tanpa kit kehamilan? Mungkin rasa terlalu awal untuk beli kit, ataupun hanya sekadar ujian awal.

Di sini saya senaraikan cara uji kehamilan tanpa kit. Berdebar-debar?

1. DIY ujian kehamilan dari dapur.

Bahan-bahan yang mudah, iaitu gula. Dapatkan air kencing awal pagi, kerana air kencing awal pagi mempunyai hormon hCG yang paling tinggi. Masukkan sedikit gula sekitar setengah sudu kecil, dan tunggu. Sekiranya gula larut, anda tidak hamil. Sekiranya gula masih berketul-ketul, anda berkemungkinan hamil. Hormon hCG menghalang gula dari larut.

Ulang ujian ini pada keesokan hari untuk keputusan yang lebih tepat.

2. Ujian ubat gigi.

Campurkan sedikit air kencing dengan sedikit ubat gigi. Anda mungkin hamil jika ubat gigi bertukar warna dan berbuih. Namun ujian ini tidak begitu tepat. Sekiranya positif, anda mungkin mahu membuat ujian lain untuk kepastian.

3. Ujian cuka

Tuangkan urin waktu pagi ke bekas yang mengandungi cuka putih. Sekiranya ia bertukar warna, maka anda mungkin hamil, dan sebaliknya.

4. Ujian peluntur.

Ramai wanita menggunakan kaedah ini untuk mengesan kehamilan. Campurkan anggaran 2 sudu besar urin dengan 2 sudu besar peluntur. Sekiranya ia berbuih, maka ia indikasi kehamilan.

5. Ujian baking soda

Ujian yang mendapat 70% ketepatan. Campurkan anggaran 1 sudu besar urin kepada 2 sudu besar baking soda. Sekiranya anda hamil, ia akan berbuoh seperti botol minuman ringan dibuka.

6. Simpan urin

Ujian mudah. Kumpul urin di dalam satu bekas kecil, dan biarkan 3 ke 4 jam. Satu lapisan nipis akan terbentuk di permukaan urin sekiranya and hamil. Sekiranya tidak, tiada lapisan ini.

7. Cari tanda-tanda kehamilan

Pada awal kehamilan 6 ke 8 minggu, akan ada perubahan di bahagian sulit yang dapat diperhatikan. Kawasan sulit akan berubah warna kemerah-merahan atau kebiruan, menandakan peningkatan aliran darah ke kawasan tersebut. Kejadian inidiperhatikan oleh seorang ahli perubatah Perancis,  James Read Chadwick pada tahun 1886. Maka, tanda ini dipanggil ‘Chadwick’s Sign’.  



Semua ujian-ujian di atas tiada bukti secara saintifik, namun ia telah di amalkan sejak sekian lama untuk meramal kehamilan. Ia cuma ujian awal untuk mengagak samada hamil atau tidak. Ujian seterusnya boleh dilakukan dengan kit ujian kehamilan (UPT) atau ujian-ujian di klinik.