Browsed by
Category: Catatan Harian

Rutin Impian SAHM

Rutin Impian SAHM

Bila nama work at home mom, banyak benda kena juggle serentak. Anak, rumah, laundry, kerja, ibadah. Semua kita nak buat.

Hari ni saya share sedikit bagaimana hari saya kat rumah. Disclaimer : ini adalah impian saya sehari-hari. Ini adalah treshold yang saya nak capai. Tapi saya ok dah berpuas hati kalau dah buat even sebahagian kecil sahaja. I don’t go hard on myself. Plus I love sleeping.😆

Ada 4 turutan priority yang kena buat. Allah, spouse, anak2, kerja. Kerja jatuh no.4 (to my heartbreak. Sbb saya suka kerja).

At the same time, tambah housechores and meals into the picture. (Saya tau orang laki takkan bleh cope dah bila sampai part ni 🤣. Yep we have so much in our mind, that your wallet whereabout don’t fit in. Take care of your own wallet please. Or socks. Or towel.)

Saya suka habit tracker. Boleh Google template habit tracker lawa2. Sebelum2 ni saya buat habit tracker untuk track saya punya progress dalam bisnes sahaja. Kemudian saya terasa macam terlalu memberatkan bisnes dari aspek lain hidup saya. Sebab asal bangun pagi aje, saya terus tengok what to do today supaya saya boleh tick ✔✔ di habit tracker saya. Setiap pagi bangun bersemangat. So, saya masukkan jugak benda lain seperti “baca Quran satu muka surat”, “solat tahajud”, “one session with one child”, ke dalam habit tracker. Dan letak benda2 ni belah atas. Kena buat ni dulu, baru boleh buat kerja bisnes.

Oleh sebab saya suka kerja saya, saya cepat2 buat benda2 tu supaya saya boleh buat kerja bisnes related. 😊

Setiap orang, faktor motivator adalah berbeza-beza. Saya suka kerja saya, kdrama, dan tido. Bagi saya, you can manipulate apa yang kita suka, to be a motivating factor untuk buat benda yang kita tak berapa rajin nak buat, contohnya berzikir 1000kali sehari (ni jadi mudah bila bahagikan beberapa sesi sehari, dan letak reward kat belakang dia. Eg : nak buat kerja kena zikir dulu 200kali. Pastu baru bismillah buka laptop. Awal2 je rasa 200 tu banyak. Lama2 5000 zikir sehari pun mudah).

Lagi contoh :
Lepas habis 3 ipa, bleh layan kdrama 3 episod.
Nak tido tengah hari, panggil sorang anak, sembang2 sampai tido.

Sedikit demi sedikit, kita ubah lifestyle ke arah yang kita mahu. Saya tak seperti Marie Kondo yang bamm terus keluarkan dan kemas. Saya jenis sikit sikit. Masukkan satu habit ke habit tracker, bila rasa ok, masukkan satu habit lagi.

Pesanan penaja : jangan anggap perkara2 macam zikir, baca Quran tu tak IPA. Ia membantu IPA. Dengan meluangkan masa untuk Allah, kita akan lebih tenang dan waras, jadi IPA yang lain akan smooth sailing. Spend time untuk Allah. Kalau asset harta, kita kena keluarkan 2.5% zakat, bagaimana pula dengan masa? Masa juga adalah asset. Kena allocate masa dengan Allah.

Pic :cubaan membuat kerja yang tertangguh. Elok buka lappy, anak2 berkerumun. Jadi tutup semula, air teh Slique pun dah sejuk baru sempat minum. Post ini pun ditulis selepas 3 jam amik gambar, selepas habis baca matsurat, tido seround dengan baby, cebok 2 anak. Berbalik pada disclaimer, saya ok aje walau tak sempat buat. Saya tak go hard to myself. Bleh buka, pastu tutup pun takpa dah. Kira achievement dah. Dari takleh buka langsung 😆

Beranak kecil di usia lanjut.

Beranak kecil di usia lanjut.

Soalan pertama ialah, berapa usia yang di kira lanjut ni? Kalau mengikut kebiasaan di klinik ibu dan anak, usia 35 ke atas sudah dikira lebih berisiko bila hamil berbanding ibu-ibu yang lebih muda.

2019, saya dah officially melepasi treshold itu. Anak paling bongsu (setakat ini) berumur satu tahun pada Mac 2019. Saya tanak bercerita tentang kesihatan atau pendapat tentang keselamatan ibu hamil di usia lanjut. Saya cuma nak cerita tentang perasaan, feeling di dalam hati yang saya rasa 2 3 hari kebelakangan ini.

Picture like this is always melting.

Hamil muda vs hamil tua (sikit)

Saya hamil dengan anak pertama semasa usia saya 22 tahun. Manakala anak ke 3 dan seterusnya semasa saya sudah melangkah ke usia 30-an. Percayalah, badan terasa sangat sangat berbeza. Mungkin saya seorang, mungkin juga ada yang lain merasai apa yang saya rasa. Semasa awal 20-an, saya rasa pregnancy tu tak la susah mana, walaupun saya adalah jenis yang alahan teruk, muntah siang malam, dan berat badan turun dengan banyak. Saya masih larat naik motor ke sana sini menghabiskan tesis saya. But, at 30’s, rasa letihnya, rasa nak tidurnya sepanjang hari. Mungkin sebab saya ada anak-anak lain yang perlu dijaga. Saya terfikir, kalau orang yang kawen lebih awal, dan bersalin masa belasan tahun, mesti lagi sihat dari saya semasa 20an.

Ok, now dah habis pasal cerita pasal badan.

Now, cerita pasal feeling.

Now, that anak kecik saya dah besar. Dah 10 bulan sekarang. Sebelum ni, saya dok ratib ke suami, dah la, saya tanak dah mengandung. Badan saya rasa macam nak lerai dah. Now, that 10 bulan kemudian, saya rasa cam ok plak.

My baby is so cute, so adorable, so cheeky, so menyejukkan hati, sehinggakan saya rasa maca takpa ja ada seorang lagi macam ni kalau yang ni dah grown up. Huhuhu. mak mak memang tak serik kan.

Saya terfikir, now that kami suami isteri, mempunyai 2 pengalaman berbeza. (1) pengalaman ada anak sebagai pasangan muda (2) pengalaman ada anak kecik sebagai pasangan tua (sedikit. bukan tua banyak okeh ahaha)

Ibu bapa muda. vs Ibu bapa dengan pengalaman.
Ibu bapa yang sibuk mencari arah hidup, vs Ibu bapa yang dah toned down sikit dari dunia dan agak stabil.
Ibu bapa yang mempunyai banyak expectations dan impian kepada anak, vs ibu bapa yang hanya berharap anak menjadi manusia dan muslim yang baik.

Saya rasa it’s totally OK untuk kita ada anak lagi walaupun kita dah ada anak-anak yang besar panjang. Sebab ia akan menjadi suatu pengalaman yang totally different. Sebab kita pada tahun ini, adalah berbeza dari kita 15 tahun yang lalu semasa pegang anak pertama.

Tapi, stay off the guilt tripping

Satu benda, mak mak ni. Suka guilt tripping diri sendiri. Suka cakap gini, “emmm kalau dulu aku tahu apa yang aku tahu sekarang, mesti aku tak buat”
“kesian anak sulung, kena hadap aku yang tak matang dulu”

Stop it mommies. Stop blaming your old self. Kita bertindak atas apa knowledge yang kita ada masa tu. Apa yang kita pilih paling bagus. Dan, the story isn’t about us sahaja. Bulan bintang dan matahari tidak bergerak keliling kita sorang ye adik-adik kakak-kakak. Anak itu sendiri ada janjinya dengan Allah, ada rezekinya yang telah Allah tentukan. Dan Allah telah rezekikan dia untuk bertemu dengan kita yang muda itu. Ada lesson yang dia (dan kita) perlu belajar. Jadi, stop all the guilt tripping, dan BERSYUKURLAH yang akhirnya kita masih berkesempatan untuk buka mata kepada knowledge baru. Dan kalau ada anak yang baru, boleh apply apa yang kita baru tahu.

so, maknanya ko sedia nak anak baru?

Nooo. haha. Wallahua’lam saya pun tak tau. Saya just terfikir, kepada sesiapa yang masih larat menambah anak, silakan. It would be very interesting to watch a new life enfolds. Untuk masa sekarang, saya ulit Adli je la dulu puas-puas. Hari-hari mengadap muka dia, senyum dia, tangan gumuk dia, ketawa dia puas-puas. Nanti besar teringat-ingat plak.

Bagi yang tengah mengadung, jaga diri elok-elok dan good luck.
Bagi yang ada anak kecik, kita enjoy puas-puas waktu kecik dia

Follow saya di Facebook, klik Link di bawah
https://www.facebook.com/liyana.anaqi

Monolog untuk ibu

Monolog untuk ibu

Teks :  Liyana Anaqi

Kalau mempunyai anak 4 membolehkan saya beri satu nasihat untuk ibu2 lain. Nasihat saya ialah :

You and your children are unique. Tak sama dengan buku, tak sama dengan parenting coach. Tak sama dengan orang sebelah atau adik kandung sendiri.

Stop being hard on yourself, stop asking kenapa aku tak boleh buat macam orang lain. Kenapa buku ni buat senang je.

Terima diri kita sebagaimana kita, kalau baran, baranlah. Kalau becok, becok lah. Lagi cepat terima, lagi cepat hilang stress jaga anak. Sbb kita tak pakai baju orang. Ketat, susah bernafas.

Rezeki anak mendapat ibu seperti kita ini telah Allah tentukan. Kalau kita rasa kita ni bad mommy, Allah memang beri bad mommy kepada anak kita sebagai tarbiah dan lesson untuk dia. Wallahua’lam macam mana. Tetapi ia sudah tertulis untuknya. Mungkinkah dia akan jadi kaunselor cemerlang satu hari nanti, maka dapat mak yang hati tisu. Atau mungkin dia akanjadi lawyer hebat, maka dapat mak yang asik kena pukul dengan ayah. Allah dah atur jalan hidup setiap anak kita sejak hari pertama ditiupkan roh.

Tapi sebagai ibu, memang la kita mengimpikan menjadi perfect mommy (or at least normal kahkahkah). Tapi the first step untuk mengubah keadaan adalah kena accept siapa diri kita. Sit down and reflect (muhasabah), cari siapa diri kita. Mungkin kita sebuk nak jadi orang lain, kita tak kenal diri sendiri.

Cari siapa kita. Ya aku baran, ya aku suka membebel. Kenapa aku suka membebel? Salah apakah yang paling ku tak boleh tolerate? Kadang kita boleh je tolerate rumah sepah, tapi sebab orang lain punya rumah kemas bersih, kita dok la nak ikut jugak2, bila tak dapat, kita mula stress, pastu marah orang (selalunya anak la) suruh kemas. Kadang kita boleh je tolerate makan beli, takyah masak. Tapi orang lain semua kita nampak asik masak, dan beri homecooked meals kepada anak2. Kita pun nak ikut, bila letih, kita start marah-marah.

Jadi mula-mula, carilah diri yang menghilang itu. Kemudian fokus kepada apa yang KITA suka dan tak suka. Bukan orang lain. There is no wrong way of parenting (kecuali hat extreme, belasah anak sampai riuk la. Tu bukan mak normal terus). You are you. Your way is the right way for your familiy.

Bila dah kenal diri, fokus pada diri sendiri, slowly akan nampak anak-anak akan kurang bermasalah. Sebab apa? Sebab dia duduk dengan mak dia. mak dia yang dia kenal sejak lahir, bukan mak yang acah-acah nak jadi orang lain. Bila mak mulai bertenang, accept diri sendiri, anak-anak akan follow suit.

KEMUDIAN, baru fikir macam mana nak menambahbaik. Nak tambah satu benda baik eg masak hari-hari. Tu pun jangan buat terkejut, buat slow-slow. supaya tak letih. Letih ni bukan fizikal, tapi letih jiwa nak fit in new habit.

One step at a time mommies.

Apabila membaca buku-buku motivasi, menghadiri seminar keibubapaan, adalah perlu untuk kita pandai twist and tweak menjadi ia sesuai dengan keadaan dan keluarga kita. Jangan copy paste semata, nanti kita yang akan stress dan mula memberi kesan buruk pada keluarga.

One step at a time, mula dengan mengenal diri sendiri dahulu.

Salam sayang untuk semua ibu,
Liyana Anaqi

Belajar sepanjang hayat

Belajar sepanjang hayat

 Gambar google

Suatu masa dulu, saya pernah terfikir, “bila la nak habis belajar ni?”
Well, saya bukannya seorang yang rajin belajar.Saya suka cari shortcut ke atas benda-benda yang kena belajar. Dan, salah satu habit saya, sekali ja saya belajar, saya  akan pastikan benda tu ingat sampai mati, sebab saya malas nak ulang kaji banyak kali. Hahaha. Punya la pemalas.

Sehingga masuk uni, saya masih lagi tertanya-tanya, bila la nak habis belajar ni. Dah cemuih dah. Nak kerja la pula, bosan dah asyik mengadap buku, kelas, tugasan dan peperiksaan.

Betapa seronoknya saya memasuki alam pekerjaan. Sebenarnya, kerja saya pun memerlukan saya belajar jugak. Cuma nama dia kerja, bukan lagi mengaji atau belajar. Maka saya seronok. Hurey, takyah ngaji lagi dah. Padahal, saya buat kerja research, harusla hari-hari kena baca journal, up to date dengan ilmu semasa. Haha, betapa perspektif berubah dengan label sahaja. Satu mengaji, satu kerja.

Kemudian saya berhenti bekerja dan jaga anak. Saya ingatkan pembelajaran saya sudah terhenti, rupanya tidak. Malah makin menjadi-jadi pulak. Walaupun, isunya sudah berbeza dari dulu, namun kedahagaan saya pada ilmu tetap sama, mungkin lebih lagi. Saya tidak dapat elak dari membaca. Dan ilmu-ilmu yang saya dapati menyebabkan saya teruja dengan hidup di atas bumi Allah ini. Terasa alive. 

Mana pergi “cemuih belajar tak habis-habis” tu?

Satu benda saya perasan, sebagai manusia, kita memang sentiasa dahagakan sesuatu yang baru. Ilmu baru. Namun apabila kita letakkan rutin padanya, ia jadi sesuatu yang memaksa, menekan dan membosankan. Kebebasan meneroka dan minda yang menjelajah akan terbatas, kerana kita perlu memenuhi suatu standard yang ditetapkan oleh masyarakat dan kehendak gaya hidup semasa. Apabila saya mengambil keputusan untuk ditch normal expectations,  saya menjadi lebih berminat, teruja dan bersemangat untuk menambah ilmu.

Ilmu itu tersangat luas. Takkan habis di teroka. Setiap hari ada saja sesuatu yang enrich hidup kita, asalkan kita mahu membuka mata dan hati untuk melihat. Oh ya, perlu stop dari kesibukan sekejap. Sekejap ja. Dan perhatikan sekeliling.

Dari Liyana
Mak yang dah tua baru regain semula semangat

5 perkara penting apabila menghadiri kelas dengan anak kecil

5 perkara penting apabila menghadiri kelas dengan anak kecil

Teks : Liyana Anaqi

Menjadi impian ramai ibu-ibu untuk menghadiri kelas-kelas yang ditawarkan dari masa ke masa. Bukan mudah bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk menghadiri mana-mana kelas. Kebanyakan kelas tidak menyediakan kemudahan untuk anak-anak kecil. Namun, masih ada kelas, kursus yang ‘baby friendly’, menyediakan kemudahan bilik untuk ibu atau memberi kelonggaran membawa anak ke dalam kelas.

Antara perkara yang patut di ambil berat oleh ibu (dan bapa) apabila membawa anak kecil ke kelas ialah :

1. Pastikan semua keperluan anak disediakan dengan mencukupi. Pakaian, kain untuk mengelap, lampin, kain lapik sekiranya anak mahu tidur, snek kudapan untuk anak, air minuman, dan juga bahan-bahan aktiviti untuk anak, seperti buku atau mainan.

2. Anak kecil juga penat. Oleh itu, pastikan ibu mengambil kira masa untuk susukan dan tidurkan anak. Sekiranya dia letih dan tidak dilayan, anak akan merengek dan bising. Ini akan mengganggu tumpuan kita dan ibu-ibu lain. Lampin perlu ditukar dengan kerap, sekiranya berpeluh semasa bermain dengan kawan-kawan, ia perlu ditukar, agar anak lebih selesa untuk tidur. Bonus bila anak tidur di dalam kelas, kita boleh memberikan tumpuan yang lebih.

3. Jangan pernah tinggalkan anak kepada orang lain. Selain dari isu keselamatan anak, tabiat meninggalkan anak ini sedikit sebanyak menyusahkan orang lain. Terdapat kelas/kursus yang menyediakan bilik untuk ibu yang disediakan dengan layar putih yang menayangkan secara langsung dari dewan utama kelas. Perlu di ingat, itu ialah bilik untuk ibu-ibu, bukan nursery untuk anda tinggal anak anda manakala anda menikmati kelas dengan selesa dalam dewan utama. Sudah lumrah kanak-kanak akan bermain dan berlari apabila bertemu rakan sebaya. Tidak terkecuali anak-anak kita. Namun, sekiranya ada ibunya di situ, kelakuan kanak-kanak boleh dikawal sebaiknya. Ibu-ibu lain perlu membahagikan tumpuan antara kelas dan menjaga anak masing-masing, adakah perlu bagi mereka mebahagikan lagi tumpuan menjaga anak kita, supaya kita boleh bersenang-senang menuntut ilmu?

4. Bagi kanak-kanak yang agak besar, adalah bijak untuk membawa buku-buku bacaan yang sesuai ataupun buku rampaian/aktiviti untuk memenuhkan masa mereka.

5. Bersabar. Menghadiri kelas bersama anak-anak memang agak memenatkan jiwa raga. Oleh itu, bersabarlah dalam menuntut ilmu. Semoga dapat pembalasan Allah yang sewajarnya.

Kelas hujung minggu, AlKahf

Kelas hujung minggu, AlKahf

2 hari yang padat dengan ilmu. Sabtu, dan Ahad. Kali ini membedah surah AlKahf, yang disarankan untuj dibaca setiap minggu pada hari Jumaat. Ada banyak pengajaran dan panduan darinya, dihurai satu per satu. Tidaklah saya dapat senaraikan disini pada kali ini. Terlalu berat dan padat rasanya otak saya pada ketika ini.

Sheikh Al Alaa yang menyampaikan kelas kali ini. Jangan dilupakan minyak-minyak pati yang digunakan sepanjang kelas. Highest Potential untuk saya, Stress Away untuk Aiza (dan juga seorang bayi yang saya calit juga hehe), RC untuk kecemasan jika selsema dalam penghawa dingin yang terlampau sejuk itu.

Salah satu sebab saya suka kursus yang dianjurkan oleh AlKauthar ialah mereka menyediakan Mother’s Room. Jadi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, masih lagi berpeluang menimba ilmu tanpa meninggalkan anak di rumah.

Aiza pun boleh berjumpa kawan-kawan yang turut mengikut ibu masing-masing. Asalkan masing-masing boleh bermain dengan elok, semuanya terkawal, dan kelas boleh diikuti debgan baik.

Lepas penat bermain, apa lagi, tidurlah.

Bawa perkakasan untuk anak kecil dengan cukup ya. Apabila anak selesa, kita juga selesa mengikuti kelas. Jangan lupa calit sikit Stress Away di selimut supaya tidurnya lebih nyenyak walaupun keadaan agak cerah dan bising.

Dua hari minggu yang padat dengan ilmu berjaya ditempuhi, Alhamdulillah. Nanti saya kongsikan intipati kursus secara berperingkat ya

Petua kucing membuang di halaman

Petua kucing membuang di halaman

Kucing berak lagi. Punya la luas kat luar, kenapa berak di sini?

Saya tak bela kucing. Kucing yang ada cuma kucing jalanan yang datang menumpang. Keluar masuk rumah dan berehat sesuka hati.

Kemudian saya perasan, kucing sudah tidak lagi masuk ke dalam ruang tamu, hanya berlegar-legar di dapur dan porch belakang. Kenapa? Satu-satunya perkara baru yang saya buat ialah, diffuse minyak pati sahaja.

Minyak pati yang digunakan.

Rupanya, setelah membaca (membaca tentang hal lain), terjumpa informasi bahawa kucing tidak menyukai bauan yang terdapat dalam campuran ini, Cuma titikkan 2 titis ke dalam diffuser, semudah itu.
Saya juga mendapat beberapa tips baru untuk mengatasi masalah kucing berak ini di post Facebook. Semuanya tips berguna. Rupanya kucing tidak suka bauan Lavender. Baru saya tahu.
Jadi, petuanya ialah Lavender dan Purification. Bancuh sedikit Lavender dalam botol penyembur, dan semburkan di kawasan yang anda tidak mahu kucing berkeliaran. Dan Purification pula digunakan untuk menghilangkan bekas tandaan kucing terutamanya kucing jantan.
Ingin mencuba? 

Perjalanan menulis bermula kembali

Perjalanan menulis bermula kembali

Teks : Liyana Anaqi

Nak tulis blog, tapi tidak tahu nak bermula dimana
Nak tulis blog, tapi tidak tahu nak tulis apa

 Itulah saya. Suatu masa dahulu, saya rajin menulis blog, namun skil itu pupus setelah sekian lama. Apabila mahu bermula kembali, saya seolah kehilangan arah. Pernah mencuba beberapa kali, namun tidak bertahan. Saya terjumpa kelas ABDR sejak setahun lalu, terfikir untuk bermula tapi tetap tiada tindakan. Kali ini, saya teruskan juga langkah pertama iaitu, mendaftar ke kelas asas blog, ABDR. Setelah sekian lama mencuba, tiada progress, baik saya cuba jalan ini pula.

Pada permulaannya, saya cuma inginkan tunjuk ajar bagaimana mahu menyusun blog menjadi lebih tersusun dan interaktif. Bagaimana mahu membuat blog yang lebih fokus. Tanpa saya sangka, saya mendapat lebih dari itu.

Sebaik sahaja mendaftar, saya mendapat tugasan menulis tanpa henti. Saya agak terkejut pada mulanya, apa yang nak ditulis ni? Saya mulai mengubahsuai pengalaman-pengalaman lepas yang pernah saya kongsikan di Facebook kepada entri. Ada juga ketikanya saya berfikir tidak mahu mengejar bilangan entri kerana saya dapat rasakan tiada roh dalam penulisan saya. Namun saya tetap juga berusaha menulis idea-idea di atas buku nota, dan sedaya upaya cuba juga menulis.

Mungkin kerana paksaan itu, saya mulai memerhati sekeliling dengan lebih teliti. Pada mulanya, hanya bertujuan mencari idea untuk menulis entri, lama -kelamaan saya menjadi suka meneliti alam dengan lebih minat. Hati semakin seronok, Apabila minda mulai berjalan, terasa mood semakin baik. Ayat yang pada mula dahulu tunggang langgang, mulai mengalir lancar.

Saya akui, banyak idea menerawang di dalam minda tidak dapat dizahirkan. Saya berharap, saya akan terus menulis, berkongsi, dan menyimpan semua maklumat hari ini untuk hari esok.

Kepada sesiapa yang memerlukan sedikit push  untuk mula blogging, sila daftarkan diri anda dengan Akedemi Bekerja Dari Rumah. Bagi sesiapa yang ingin mencari idea baru untuk memulakan perniagaan dari rumah juga dialu-alukan. Sila klik logo di bawah untuk mulai mengubah hidup anda.

Akedemi Bekerja Dari Rumah 

Saya dan kopi

Saya dan kopi

Teks : Liyana Anaqi.

Saya penggemar kopi. Malah, semasa saya menulis entri ini, ada satu mug kopi di depan saya. Suatu masa dahulu, kopi pernah dikambing hitamkan sebagai minuman yang tidak sihat dan memberi kesan buruk ke atas minda. Sekarang tidak lagi, dari hari ke hari terdapat banyak penemuan mengatakan bahawa kopi sebenarnya memberi kesan yang baik kepada manusia. Ada juga penemuan menunjukkan kopi dapat membantu mengelakkan beberapa penyakit yang berat. Wah, ini berita baik pada saya, kerana pada masa kopi masih di pandang serong, saya tetap tidak boleh meninggalkan amalan minum kopi. Kini, “jom, ngopi!”

1. Kopi boleh meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih pintar.
Kehadiran kafien di dalam kopi akan sampai ke otak dan menyekat satu hormone iaitu adenosine. Penyekatan hormon ini akan menyebabkan pertambahan kepada hormon lain iaitu norepinephrine dan dopamine. Kedua-dua hormon ini akan meningkatkan impuls otak. Ini bermakna anda lebih cerdas dan peka. Ini akan memberikan kesan ke atas daya ingatan, ketahanan, paras tenaga dan fungsi kognitif secara keseluruhannya.

2. Kopi membantu membakar lemak.
Kopi membantu meningkatkan kadar metabolik badan dan membantu pembakaran lemak. Kopi adalah salah satu di antara sumber asli yang mempunyai keupayaan ini.

3. Kafien boleh menambahkan keupayaan fizikal
Kafien meransang sistem saraf, menyebabkan  sel-sel lemak dipecahkan dan menghasilkan asid lemak bebas di dalam darah.Sumber ini memberikan tenaga ransangan kepada keupayaan badan.

4. Zat-zat lain.
Air kopi bukan sekadar air hitam yang pahit. Ia masih memiliki nutrien yang kaya dari biji kopi seperti vutamin B, manganese, potassium, dan magnesium.

5. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
Terdapat kajian menunjukkan meminum kopi dapat menghindarkan dari penyakit-penyakit diabetes, nyanyuk, Parkinson’s dan mempunyai kesan yang baik dalam melindungi organ hati .

6. Kopi menggembirakan.
Kemurungan adalah penyakit mental yang serius dan dapat mengurangkan kualiti hidup. Kopi dapat mengurangkan kemurungan.

7. Mencegah barah,
Kopi dapat membantu mengurangkan risiko terhadap 2 jenis barah iaitu barah hati (sumber) dan barah usus (sumber)

8. Kopi adalah antioksidan terpenting di barat
Apa lagi perlu saya kata? Minum kopi, awet muda?

Tips untuk minum kopi ialah, dapatkan kopi yang sebenar. Bukan kopi segera. Bukan kopi 3-in-1. Kena bancuh kopi sendiri. Bukan sahaja rasanya lebih sedap, baunya pun lebih harum. Kopi yang telah di proses berulang kali telah kehilangan banyak khasiatnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melabur kepada kopi yang baik.

Minum sedap, khasiat dapat.

Jungle School (bahagian 1)

Jungle School (bahagian 1)

Teks : Liyana Anaqi

Minggu lepas (6 Ogos 2016), kami telah menghantar anak-anak lelaki kami ke Jungle School. Program mengenal hutan yang dirancang oleh seorang rakan. Program akan berlangsung setiap Sabtu, sebanyak empat kali.

Anak-anak nampaknya teruja dengan program ini. Mereka belajar menggunakan parang, belajar menghidupkan api, dan memasak di dalam hutan.

Biar gambar berbicara

Mencari buluh untuk menghidupkan api dan memasak.
Raut buluh halus-halus untuk dijadikan umpan menghidupkan api. Semua seronok guna parang.
Tunjuk ajar menghidupkan api. Tok Ketua menghidupkan api sambil bercerita tentang sejarah Orang Asli.
Daun bemban di isi beras dan dilipat-lipat seperti lepat, sebelum di masukkan ke dalam buluh. Rebung di basuh dan di rebus untuk menghilangkan pahit
Sedia di bakar
Hidangan tengah hari. Ayam bakar nampak sedap
Memang sedap menjamu selera bila sudah letih.
Semasa mencari buluh, terjumpa seekor penghuni hutan. Jangan di kacau ular tu.
Semasa perjalanan balik, riuh mulut Asyraf dan Aqeef bercerita tentang “sekolah” mereka hari itu. Semua tak sabar menunggu Sabtu minggu ini pula