Bagaimana nak buat pati bunga telang

Teks dan foto : Liyana Anaqi

Bunga telang ada banyak. Tapi tak cukup banyak nak buat apa-apa masakan. Nak buat macam mana?

Kita kumpul bunga telang, dan buat pati. Kutip aje bunga-bunga ni hari-hari, dan simpan di dalam freezer. Bila sudah cukup kuantitinya, kita buat pati.

Bila dah cukup, rebus bunga telang untuk mendapatkan warna birunya. Kalau boleh, pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.

Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. 3cawan ir untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati. Tutup api dan sejukkan

Tapis bunganya selepas sejuk. Tengok, warnanya biru pekat. Boleh simpan dalam bekas.

Untuk separuh bekas aiskrim bunga telang, saya dapat sebotol 600ml pati, dan balance semangkuk kecil.

Yang balance tu, kita buat minum petang, minum dengan pisang goreng.

Ni pula adalah aiskrim bunga telang. Sirap telang yang dicampur gula organik atau gula merah akan jadi hujau (hijau saya tua sangat). Sirap telang campur lemon  akan jadi ungu. Menarik tak.

Kalau arnab tak makan pellet, dia nak makan apa.

Teks dan Foto : Liyana Anaqi

Dalam kebun kecil kami, ada membela arnab. Sejak dari kami tinggal di apartment tingkat 5, kami sudah membela arnab. Ada banyak episod arnab-arnab kami habis mati dikerjakan anjing liar, tapi kami masih lagi terus membela. Sunyilah tiada pet.

Pada mula-mula membela dahulu, kami memberi makan arnab kami seperti orang lain juga, pellet makanan arnab. Kemudian apabila pindah ke rumah yang berhalaman, kami buatkan reban di luar rumah. Ketika itu saya terfikirkan makanan lain untuk arnab. Setelah saya research, ada suggestion untuk menambahkan diet rumput kepada arnab, dan rumputnya bernama Thompson Weed. Antara kebaikkannya ialah, mengasah gigi arnab, supaya mengunyah rumput kering. Tapi, saya agak terkejut dengan harganya, huhu. Wah lagi mahal dari pellet! Untuk kali itu, tetaplah saya belikan juga. Namun malang sekali, sedikit pun arnab tak berminat.Amboi-amboi, dah la mahal, memilih pula.

Maka, saya teruskan research. Di satu forum antarabangsa ada menyatakan bahawa mana-mana lawn grass boleh sahaja diberikan kepada arnab. Wah ini sudah bagus. Selama ini saya cuma tambahkan sayur-sayuran seperti kangkung dan sayur ‘reject’ dari pasar. Saya cuba gunting sedikit rumput di halaman dan berikan pada arnab-arnab. Yay! semua suka, berebut-rebut makan rumput.

Jadi, setiap petang, saya akan gunting sepongkes rumput untuk santapan arnab. Sekiranya rajin, saya akan gunting satu pongkes di sebelah pagi. Buat masa sekarang, saya cuma ada dua ekor arnab dewasa. Sepongkes pun makan tak habis. Lagi banyak yang mengering dalam kawasan dia dari yang dimakan. Kali ini, kawasan yang digunting ada pokok keledek, maka berlaukkan keledek lah mereka.

Ini kawasan yang digunting mengikut giliran. Memang sengaja kami simpankan rumput memanjang, agar tidak putus bekalan rumput arnab. Pokok keledek yang bermaharajalela itu pun di cantas untuk santapan arnab juga. Don’t worry, keledek hanya berisi di tempat yang kita cucuk semasa tanam, yang merebak tu takkan berisi, cantaskan aje (selepas kutip pucuknya buat gulai).

Pellet pula bagaimana? Oh ya, selepas kami berjumpa dengan pakcik yang pernah membela arnab daging, dia mencadangkan untuk memberi makan gandum menggantikan pellet. Arnab yang makan gandum, makan kurang (gandum lebih mengenyangkan dari pellet), dan berak kurang (pellet mengandungi banyak fillers, lagi banyak, lagi banyaklah yang dibuang). Bulu makin cantik. Selain gandum dan rumput, sekiranya ada buah-buahan (samada yang buruk, lebam atau sisa), kai berikan juga kepada arnab. Tak memilih, makan aje.

Setakat ini, seronok membela arnab yang tahan lasak sebegini. Boleh berhujan panas, dan makan pun benda-benda yang senang disediakan. (Oh ya, harga gandum adalah 1/4 dari harga pellet untuk kuantiti yang sama, tapi bertahan lebih lama)

Yang pakai topi petani kadang-kadang,
Liyana Anaqi

Kawal bena secara semulajadi

Teks & Gambar : Liyana Anaqi

Saya frust apabila pokok betik pertama yang berbuah diserang bena (benda putih-putih yang melekat di daun dan batang), sehingga luruh habis daun dan pokoknya memburuk. Banyak petua saya cuba. Antaranya, air bawang putih, air bancuhan sabun cap kapak. Ya, berkesan. Sekejap. Kemudian ia perlu di ulang lagi, sehingga bena betul-betul habis. Dan sekiranya bena kembali menyerang, prosedur sma perlu diulang.

Fuhh. Saya tak rajin.

Jadi, saya mencari dan membaca, apa musuh sang bena ni di alam haiwan. Saya nak bela supaya mereka yang uruskan bena ni. Siapa sangka, rupanya ladybird saja!

Rupanya, ladybird (atau ada orang panggil ladybug. ya yang comel ada bintik hitam atas belakang bulat tu), adalah pemangsa semulajadi. Natural predator. Ia adalah sejenis pemangsa yang makan serangga lain termasuk bea, aphids, kutu buahan, dan beberapa lagi serangga kecil.

Rumah saya tiada ladybug. huhu. Rumah taman yang kontang semasa awal mastautin. Alangkan cacing tanah pun, saya kena import dari kampung dan kenalkan ke tanah sini. Jadi bagaimana mahu ‘jemput’ ladybug datang. Jom, baca lagi, cari lagi.

Caranya mudah saja. Tanam pokok-pokok kegemaran ladybug. Seperti marigold, cosmos, calandula, kucai, dan pokok-pokok bunga yang bunganya bewarna putih atau kuning.

Anda juga boleh menanam pokok-pokok kesukaan aphid seperti kobis dan marigold (rupa macam bunga tahi ayam). jadi, bila aphid banyak, ladybug pun datang. Sekurang-kurangnya, aphid akan makan pokok ini sahaja dan kurang menyerang pokok-pokok lain sementara menunggu ketibaan ladybug.

Satu perkara yang perlu di ingat ialah, berhenti menggunakan racun serangga, kerana ia akan membunuh ladybug bersama-sama serangga lain yang kita nak hapuskan.

Saya mulai menanam marigold dalam usaha untuk menarik kedatangan ladybug. Walaupun pokok marigold masih belum berbunga, namun saya telah dapat melihat kewujudan ladybug di laman saya. 
Alhamdulillah, sudah tiada kes bena yang teruk sejak kehadiran ladybugs. Pokok betik yang sakit itu pun sudah mula berdaun kembali, dan nampak semakin sihat.
Next aim, masalah belalang pula. Kita cari penyelesai semulajadi. Apabila semuanya seimbang (balance), semua akan saling membantu memberi hasil yang terbaik.
Bacaan lanjut tentang ladybug :

Baja kulit telur

Kulit telur yang sekian lama di kumpulkan.


Rupanya kulit telur pun mempunyai banyak manfaat. Rugi sekiranya di buang begitu sahaja. Di atas adalah himpunan kulit telur saya selama sebulan. Banyak rupanya kami sekeluarga makan telur, hihi.
Semua tumbuhan memerlukan kalsium dan mineral untuk tumbesaran dan penghasilan buah dan sayur yang baik. Kulit telur adalah sumber yang murah dan mudah. Hampir semua baja komersial mengandungi kalsium, jadi kenapa tidak menggunakan kulit telur sahaja. Percuma.
Kulit telur boleh digunakan secara terus ke pokok-pokok. Cuma ramas-ramas dan buangkan ke pangkal pokok. saya suka jemur dahulu, supaya ia lebih rapuh dan mudah diramas atau ditumbuk.
Altaf ‘tumbuk’ kulit telur dengan bata.

Selepas seharian dijemur, kulit telur menjadi mudah dipecahkan. Tiada lagi liat-liat kulit sebelah dalam telur. Altaf, 2 tahun, tolong pecahkan kulit telur.
Kulit telur di tabur ke pangkal pokok

Kulit telur sudah boleh di tabur ke pokok. serpihan kulit telur juga dapat menghindarkan siput babi dan lintah, kerana sisinya yang tajam boleh melukakan bahagian bawah binatang perosak itu. Dua dalam satu, baja dan penghalau makhluk perosak.
Tips tambahan : sekiranya ingin digunakan sebagai baja rumput di laman, kisar halus kulit telur dengan blender kering menjadi serbuk. Jadi, apabila ditabur, serpihan kulit telur tidak akan kelihatan.
Dua beradik, Altaf dan Aiza, rajin menolong mak petang-petang.

Baja : Foliar

Teks : Liyana Anaqi

Apa itu baja foliar? Baja foliar ialah baja yang disemburkan ke bahagian pokok, tidak sepeti baja lain yang ditaburkan ke pangkal pokok. baja foliar boleh di serap oleh pokok dari kesemua bahagian pokok, akar, batang, dan daun. Da mengikut kajian, pokok lebih banyak menyerap baja dari liang stoma di daun, dari akar. Nutrien yang diserap dari daun boleh di kesan di akar dalam masa satu jam selepas penggunaannya. Wah, cepatkan!

Baja foliar adalah pilihan terbaik untuk menyelamatkan pokok-pokok yang tidak sihat dengan cepat. Terdapat juga kajian menunjukkan baja foliar berkesan 8ke 10 kali lebih baik dari baja tanah. Baja foliar berkesan untuk tanaman yang tumbuh diatas tanah yang kurang sesuai atau tanah yang sukar menyumbangkan nutrien kepada tumbuhan.

Antara baja foliar yang saya gunakan ialah Ezigrow. Hanya perlu sedikit sahaja, di cairkan dengan air paip dan disemburkan ke pokok-pokok. Untuk pokok-pokok sayur, hanya memerlukan 5ml baja dicampurkan dengan 1liter air untuk setiap semburan. Semburan boleh dibuat 5 ke 7 hari sekali. Kesan boleh dilihat seawal semburan pertama. Kesan yang paling ketara ialah daun akan bertambah hijau.

Penggunaan baja foliar juga boleh meningkatkan kadar fotosintesis dalam daun, dan seterusnya menjadikan pokok lebih sihat dan hasil yang lebih manis. Oleh itu, baja hendaklah di semburkan  pada waktu siang, antara pukul 7 pagi sehingga 5 petang. Ini supaya pokok mempunyai masa untuk menyerap dan menggunakan cahaya matahari.

Satu tong Ezigrow mengandungi 4 liter baja dan dijual pada harga RM157.00 (tidak termasuk kos pos).
Untuk pertanyaan, boleh hubungi saya di liyanahamid@gmail.com

Baja organik : Kompos

Teks : Liyana Anaqi

Apabila berkebun, sudah semestinya kena mambaja. Baja apakah menjadi pilihan anda? Organik atau kimia. saya seboleh mungkin akan memilih baja organik.

Ada pelbagai pilihan baja organik di pasaran. Namun, baja organik juga boleh di proses di rumah tanpa melibatkan kos yang besar.

Salah satunya ialah baja kompos. Kompos secara ringkasnya ialah bahan makanan yang mereput dan terurai kepada bahan makanan bagi pokok pula. Proses ini di jalankan oleh microorganisma dan haiwan pemakan bawahan seperti serangga dan cacing.

Terdapat pelbagai teknik dan kaedah kompos. Anda boleh memilih cara yang sesuai untuk anda. Saya gunakan kaedah pasu atau compost pit.  Cara yang paling senang, iaitu cuma buangkan semua sampah sisa dapur ke pasu atau pit.

Di atas adalah pasu kompos kami. Sediakan satu besen kecil di tepi sinki untuk mengumpulkan sisa dapur dan sisa makanan. Setelah penuh, hanya perlu tuangkan sahaja ke dalam pasu ini. Lapiskan sisa dengan tanah atau daun kering. Sekiranya lapisan tanah ditutup rapi, dan pasu di letakkan di tempat yang kena matahari penuh, kompos tidak akan berulat dan tidak akan berbau busuk.
Ini pula satu lagi kompos saya. Hanya daun dan rumput kering di kumpulkan.
Baja kompos boleh digunakan pada  campuran tanah untuk tanaman batas dan berpasu. Ada banyak lagi cara untuk membuat pit kompos. Kompos boleh juga dibuat di dalam bekas atau tong, dan di percepatkan prosesnya dengan bantuan microorganisma.
Di atas ialah contoh kompos di dalam tong. Ia menjimatkan ruang. Untuk cara membuatnya, boleh lawati link ini : Tinyseed Permaculture

Berkebun tanpa ruang : Permaculture

Teks : Liyana Anaqi
Dalam siri terakhir berkebun tanpa ruang, mari kita kenal permaculture. Ini adalah teknik paling saya suka, kerana ia merupakan teknik yang menggunakan paling kurang tenaga dan pengawasan, hampir tidak perlu dijaga langsung tapi memberikan hasil yang banyak. Dalam satu kawasan sempit sahaja, permaculture mampu menempatkan banyak pokok dan tidak perlu dijaga.
Permaculture juga dikenali sebagai food forest. Seperti namanya, ‘forest’ bermaksud semak dan penuh. Jadi mungkin permaculture tidak digemari oleh sebahagian masyarakat yang mahukan laman kelihatan kemas dan teratur.
Permaculture menggunakan konsep alam yang paling asas, iaitu semua organisma saling bergantung antara satu sama lain. Setiap satu pokok akan memberi manfaat kepada pokok lain dan juga mengambil manfaat dari pokok lain.
Saya kongsikan ruangan permaculture saya. Dalam ‘semak’ ini terdapat pelbagai pokok. Dari depan cuma nampak pokok keladi (sedap dibuat asam pedas), di belakangnya ada pokok pisang serendah, pokok pandan, pokok cili dan beberapa pokok sayur yang masih kecil. Ruangan ini cumalah 5 kali 5 kaki. Dibahagian depan, boleh dilihat pokok keledek.
Ruangan ini pula saya gabungkan raised bed dan permaculture.  Dalam batas ini, ada pokok kacang panjang, lada solok, sawi dan bayam. Saya biarkan semuanya tumbuh secara semulajadi.
Pokok yang besar dan menjalar keatas akan memberikan naungan kepada pokok sayur di bawah. Pokok sayur tidak dapat menahan sinar matahari yang terlalu terik. Manakala, pokok sayur pula akan memberikan perlindungan kepada tanah supaya dapat menampung lebih banyak kelembapan, dan tidak mudah kering apabila hari panas. Perhatikan mereka saling membantu untuk hidup.
Pokok-pokok yang tua dibiarkan sahaja. Ada pokok yang sengaja dibiarkan tua dan tidak dipetik hasilnya supaya ia boleh terus membiak tanpa perlu diawasi. Dengan ini,kita boleh mendapat hasil berterusan tanpa perlu menanam semula.
Apabila terdapat pokok yang padat, rumput pun kurang. Pengawalan rumput boleh dilakukan secara minima, tanpa perlu menggunakan racun atau jentera berat.
Jadi, bagaimana? Seronok berkebun?

Berkebun tanpa ruang : Vertical garden

Teks : Liyana Anaqi

Salam sejahtera, kali ini dalam siri berkebun tanpa ruang, mari kita berkenalan dengan vertical garden.

Vertical garden adalah kebun kecil yang di dirikan secara menegak, selalunya pada dinding. Tanaman yang sesuai untuk vertical garden adalah tumbuhan sayuran, herba, dan juga pokok bunga. Jadi, anda boleh mendapatkan bekalan makanan dari kebun sepanjang tahun, walaupun tiada ruang tanah untuk menanam.

Vertical garden boleh memberikan hasil yang lebih banyak dari  ruang yang sama di atas tanah. Perkara penting yang perlu diingat semasa membuat vertical garden adalah, dinding perlu di lapik dengan plastik dahulu untuk mengelakkan air terpercik ke dinding dan merosakkannya.

Mari kita lihat beberapa idea vertical garden

Ini adalah design kesukaan saya. Menggunakan palong air hujan untuk menyediakan media. Cara ini amat sesuai untuk menanam sayu-sayuran dan juga herba seperti pudina, kesum. Jimat, kan.
Ini juga dipanggil vertical garden. Kemas dan cantik. Saya boleh membayangkan baldi-baldi kecil ini di dapur di penuhi daun sup, daun bawang dan pudina. Mungkin, anda boleh sediakan satu kebun vertical di tempat lain, dan tukar gantikan baldi-baldi ini dengan pokok yang subur. Bukan sahaja boleh dimakan, ia juga menjadi sebahagian hiasan untuk dapur.
Ini adalah design yang mudah dan ringkas. Cuma memerlukan tempat menyimpan kasut. Ini hanya sesuai untuk tumbuhan yang ringan sahaja.
Kitar semula botol terpakai. Botol-botol ini digantung dengan tali sahaja, tidak memerlukan kerja pertukangan yang banyak.

Kotak kayu yang di kitar semula. Design ini boleh menampung pokok yang lebih berat.
Pokok herba yang bergantungan dari tali, dan di stabilkan dengan papan. Cara ini juga membolehkan pasu pokok ditukarganti dengan pokok yang subur.
Berbanding dengan design di atas, design ini menggantung pasu terracotta di pagai dawai.
Tiada dinding? Juga tiada masalah. Anda boleh wujudkan tower garden.  Malah, lebih menarik design menara ialah, anda boleh mewujudkan ruangan untuk kompos di tengah menara. Jadi, jimat baja dan kurang sampah untuk di buang
Jadi, tidak semestinya tiada ruang, tiada tanah, kita tidak boleh berkebun. Anda boleh berkebun, dengan sedikit kreativiti. Sekiranya anda mempunyai masalah pencahayaan, anda boleh gunakan lampu LED. Ianya murah dan memberikan cahaya yang diperlukan oleh pokok

Berkebun tanpa ruang : Square foot garden

Teks : Liyana Anaqi

Ramai orang memberi alasan tidak cukup ruang untuk berkebun. Berkebun bukan sahaja membekalkan makanan segar dan berkhasiat, malah menjadi sumber inspirasi dan menenangkan jiwa setelah seharian penat bekerja.

Hampir kesemua rumah teres di sediakan sedikit ruang bertanah. namun ramai orang menutup ruangan ini dengan simen dan jubin. Ruangan ini boleh menjadi ruang berharga untuk mendapatkan hasil segar dan juga tempat untuk grounding, menghilangkan caj negatif dari badan selepas seharian di luar.

Seperti namanya, square foot gardening, menampilkan konsep berkebun dalam setiap satu kaki persegi tanah. Setiap satu kaki persegi akan di tanam dengan satu jenis pokok.

Pertama sekali, sediakan kawasan yang ingin di bangunkan. Naikkan ‘kotak’. Ini dipanggil raised bed  atau batas. Batas ini memudahkan tugasan merumput. Sukar bagi rumput dan lalang merebak ke atas batas, sekiranya terdapat satu dua yang terlepas, ianya mudah diuruskan.

Kemudian bahagikan kotak kepada kotal-kotak kecil 1 kali 1 kaki. Pembahagi ini boleh di buat menggunakan kayu kecil atau tali.

Kini, anda boleh menanam setiap kotak dengan tanaman yang berbeza. Tanaman akan berkongsi nutrien dari tanah, namun mempunyai tempat yang khusus untuk membesar.

Cara penanaman squarefoot garden memberikan hasil yang banyak berbanding cara penanaman tradisional.

Untuk mengetahui ‘planner’ tumbuhan yang boleh ditanam, anda boleh memilih dari laman web ini : http://www.gardeners.com/how-to/kitchen-garden-planner/kgp_home.html

Anda boleh memilih samada untuk menggunakan planne yang sedia ada atau membuat planner baru.

Raised bed ini di siapkan dengan penyiram.

Berkebun tanpa ruang

Teks : Liyana Anaqi
Bismillah,
Dengan ini, saya mulakan siri berkebun tanpa ruang. Saya tahu, ramai yang berminat untuk berkebun, namun menghadapi kekangan ruang. Ya bukan senang mendapatkan tanah yang luas untuk berkebun. Namun ini bukanlah suatu alasan lagi. Kini ada pelbagai teknik untuk membolehkan kebun kecil diusahakan walaupun tanpa ruang.
Bagi yang tinggal di taman perumahan dan mempunyai kawasan kecil di halaman, anda boleh memulakan kebun sendiri tanpa kos besar. Anda boleh gunakan teknik permaculture dan square foot gardening. Squarefoot gardening, membahagikan kawasan kepada kotak-kotak kecil bersaiz 1kali 1 kaki dan ditanam dengan tanaman yang berbeza. Kaedah ini membolehkan kita menanam pokok-pokok pilihan yang mahu digunakan setiap hari.
Manakala, permaculture pula sesuai bagi mereka yang lebih adventurous dan mempunyai kekangan masa. Permaculture ini juga dikenali sebagai food forest. Ianya semak dan padat. Mungkin tidak cantik di pandang mata, namun hasinya adalah lumayan.
Bagi yang tinggal di rumah pansa dan apartment, berkebun juga bukan mustahil. Akiviti berkebun boleh di lakukan secara  vertical garden, iaitu  menanam secara menegak. Walaupun kaedah ini tidak boleh di gunapakai untuk pohon berkayu seperti pokok limau dan bendi, namun anda masih lain boleh menanam pokok renek dan herba seperti kesum, daun ketubar, daun bawang, dan herba-herba masakan.
Nantikan ulasan untuk setiap satu cara berkebun tanpa ruang di entri berikutnya