Ketam Buttermilk

Banyak hari dok teringin makan ketam masak selain singgang dan masak lemak. Tapi blank nak masak apa.

Bila google, jumpa pulak resepi ketam buttermilk ni. Saya tak pernah makan apa-apa buttermilk jadi tak tau sedap ke tak.

Wah tak sangka betul! Sedap menjilat jari. Anak-anak pun makan tak hengat bertambah-tambah. Ni kalau makan kat kedai, mau botak ayah hangpa 😃😃😃.

Lain kali boleh masak lagi. Resepi saya share dibawah ya. Ianya resepi asal. Tapi yang saya, saya dah derhaka sikit. Saya tak guna perencah dan gula. Dan saya ganti buttermilk dengan santan pekat.

_____

5ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
5 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tin susu cair atau buttermilk 1 cup
Setengah ketul Butter
Tepung jagung
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin
kiub ayam maggi /knorr *1sudu je
Lada sulah dan gula

Cara memasak:
Rebus telur masin..
Sementara menunggu telur rebus masak boleh la kita menggoreng ketam.

Ketam di bersihkan dan di potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah, serbuk kunyit dan garam.Goreng hingga masak kekuningan.

Telur masin yang dah masak lenyek-lenyek hingga hancur

Panaskan kuali masukkan setengah ketul butter

Kemudian tumiskan bawang putih, bawang kecil,cili padi dan daun kari kacau hingga wangi.

Masukkan telur masin yang dihancurkan tadi

Masukkan satu cawan buttermilk/1tin susu cair. klu xnak berkuah masukkan setengah tin pun ok. anak2 saya suka berkuah, jadi saya masukkan lebih sikit. ikut citarasa sendiri.

Letakkan kiub ayam dan sedikit gula ( klu x suka manis jgn letak gula. lebih sedap klu letak gula)

masukkan ketam yang di goreng tadi. gaul sampai rata dan kuah agak pekat.

sedia untuk di hidang ..

SELAMAT MENCUBA!

Juraian kentang goreng

Teks & foto : Liyana Anaqi

Masa hendak masak ‘lunch’ hari ni, terasa adventure pulak. Jadi terhasillah kentang goreng ni. Ternampak dalam rancangan makan korea, dia buat sebagai hiasan main dish. Sedap pulak nampak.

Bahan2 :

Kentang dan minyak untuk deep fried.

Kentang tu sagat dengan penyagat keju. Nipis halus. Jurai2.

Saya buat 2 biji kentang untuk sebanyak tu.  Perisakan dengan garam secukup rasa dan tos sementara minyak nak panas.

Goreng dengan minyak banyak dan api sederhana sehingga keemasan. Angkat. Siap.

Tips : sila buat sekilo. Huhu tak cukup baq hang.

Siap. Ni hanya separuh dari yg disediakan. Macam biasa. Kalau tak hangit satu batch tak sah.

Sambutan? Hangat! Sekejap ja dah habis. Maka lain kali kalau nak buat sila buat sekilo. Tiba2 terbayang curah sos cili dan mayonis kat atas. Mmmmmm 

Bagaimana nak buat pati bunga telang

Teks dan foto : Liyana Anaqi

Bunga telang ada banyak. Tapi tak cukup banyak nak buat apa-apa masakan. Nak buat macam mana?

Kita kumpul bunga telang, dan buat pati. Kutip aje bunga-bunga ni hari-hari, dan simpan di dalam freezer. Bila sudah cukup kuantitinya, kita buat pati.

Bila dah cukup, rebus bunga telang untuk mendapatkan warna birunya. Kalau boleh, pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.

Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. 3cawan ir untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati. Tutup api dan sejukkan

Tapis bunganya selepas sejuk. Tengok, warnanya biru pekat. Boleh simpan dalam bekas.

Untuk separuh bekas aiskrim bunga telang, saya dapat sebotol 600ml pati, dan balance semangkuk kecil.

Yang balance tu, kita buat minum petang, minum dengan pisang goreng.

Ni pula adalah aiskrim bunga telang. Sirap telang yang dicampur gula organik atau gula merah akan jadi hujau (hijau saya tua sangat). Sirap telang campur lemon  akan jadi ungu. Menarik tak.

Resepi biskut sourdough

Teks dan foto : Liyana Anaqi

Biskut sourdough yang gebu

Sourdoh atau doh masam adalah cara tradisional “membela” yis liar. Soudough starter adalah yis liar yang digunakan untuk mendapat efek seperti yis segera biasa namun dengan lebih sihat. Sourdough juga dapat menguraikan gluten yang terdapat dalam tepung gandum agar menjadi lebih mudah di hadam. Sangat sesuai bagi yang mempunyai alahan terhadap gluten. (kadang-kadang orang ada alahan tapi tidak sedar, jadi kalau anak-anak ada kulit yang sensitif, anda mungkin mahu mencuba produk dari sourdough.)
Sebenarnya, saya mahu buat biskut kering yang rangup. Ala, biskut empat segi tu. Tapi anak-anak nak guna cookie cutter, maka, OK lah, teddies pun teddies lah.
Resepinya :
1 cawan sourdough starter
3 sudu besar mentega
*lebih kurang 1 cawan tepung gandum.
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-caranya :
Campurkan sourdough starter dengan mentega. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Tinggalkan doh dalam bekas bertutup, atau tutup dengan cling wrap, selama sekurang-kurangnya satu jam.
Selepas satu jam, keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai, perisakan dengan apa-apa perisa yang disukai. Saya masukkan sedikit garam, 1/2 sudu kecil soda bikarbonat, sedikit serbuk basil. Anda boleh guna keju, serbuk lada atau apa sahaja kesukaan anda. Uli semua bahan sehingga sebati.
Canaikan sehingga nipis menggunakan rolling pin. Terap sesuka hati. Ataupun hanya potong dengan pisau membentuk segi empat. Aturkan doh yang telah dibentuk ke dalam loyang, dan cucuk dengan garfu untuk membolehkan ia masak sempurna.
Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
Tips : sekiranya canai tebal, biskut akan menjadi lembut dan gebu. Sekiranya dicanai nipis, ia akan menjadi rangup.
Aktiviti yang seronok dilakukan oleh anak-anak. 

CikMek molek

Minggu ini, kami tuai ubi keledek. Jadinya semua masakan keledek la. (semua, macam la banyak sangat, kan)

Ini, resepi cikmek tak tak berapa molek, haha.

Bahan-bahan:
Keledek rebus
Tepung gandum sikit (satu atau 2 sudu saja)
Gula
Minyak untuk menggoreng.

Mula-mula, buang kulit ubi keledek. Kemudian, tumbuk dengan lesung batu, sampai hancur. Kejap ja yang ni, jangan tambah air

image

Dari banyak2 ubi rebus, tinggal ni je untuk di cik mek kan

Lepas dah hancur, ambil sikit, buat bulat2. Gaul sikit dengan tepung ya. Kalau banyak tepung, jadi keraa. Kalau terkurang, lembik, nanti masa goreng, dia pecah

image

Penyekkan tengah2 dan buh gula kemudian gentel2 jadi bentuk dia.
image

image

image

Kemudian, goreng dengan minyak banyak. Siap. Sedap dimakan.

image

Cik mek tak molek saya. Hehe. Takboh tepung langsung.

Selamay mencubajaya