Bagaimana menjalankan bisnes Young Living? (my style)

Bagaimana menjalankan bisnes Young Living? (my style)

Banyak kali saya menerima soalan ini. Macam mana saya buat bisnes Young Living? Sedangkan takde nampak saya menjual apa-apa pun.

Yep dan juga team saya yang memilih untuk berbisnes dengan saya pun tertarik dengan rahsia, bagaimana menjalankan bisnes tanpa perlu menjual kaw-kaw, iklan kaw-kaw, pos barang banyak kaw-kaw, stock up barang banyak-banyak. Yep, this article is for YOU, yang mencari-cari bisnes yang boleh dibuat secara santai, tanpa mengganggu rutin harian sangat. Yet, memberikan pulangan yang lumayan. (p/s: ini bukan scam)


Photo by Ylanite Koppens from Pexels

Ini bukan bisnes selling, ia bisnes recommending

Pernah tak korang makan sedap kat mana-mana restoran, pastu rasa nak share pengalaman tu dengan kawan-kawan dan keluarga. Korang selfie dengan makanan, selfie dengan kedai, dengan tukang masak skali, dan post ke media sosial cakap tempat tu best gila, sila pergi.

Ha! That exactly the thing that I do with my Young Living business. Instead of pushing for sales, I go with more laid back way, that is recommending. Pertama sekali, saya suka yamat produk-produk Young Living jadi senang nak rekomen ke orang. Saya guna, dan yang mana saya suka saya rekemen ke orang. Kalau orang nak beli satu dua barang, boleh je tumpang akaun saya dulu, Nanti boleh register dan beli barang sendiri, dengan full kebebasan untuk memilih dari beratus-ratus item, dengan diskaun dan freebies sendiri. Bamm. Saya dah dapat team. Ain’t that easy? (or not ahaha baca next)


Photo by Britta Jackson from Pexels

Dah tu camna buat duit?

Kita faham kan, untuk memana ja company yang menjual barang, dia kena spend duit untuk marketing barang-barang dia. Kita boleh tengok iklan-iklan kat tv, radio, suratkhabar dan majalah, dan jugak billboad di jalan raya. Semua tu makan berjuta-juta ringgit. Malah saya pernah baca sifu bisnes kata 60% dari keuntungan kena labur semula dalam bentuk marketing. That is a large amount of money.

Young Living juga adalah sebuah company yang memasarkan barang dagangannya, iaitu Essential Oils dan produk-produk lain yang berasaskan Essential Oils. Jadi Young Living juga perlu spend duit untuk marketing barang dia. Cumanya, daripada memilih menghabiskan berbillion-billion USD setiap bulan untuk iklan di tv, radio dan media cetak; company ini memilih untuk membayar orang perseorangan untuk tolong marketkan (that is you and me, kita yang dapat duit tu).

Jadi kerja saya sebagai Independent Distributor company yang best ini ialah, mendapatkan customer baru bagi syarikat (sama tak dengan kerja billboard?) Bagi setiap customer baru yang saya perkenalkan kepada syarikat, syarikat akan memberi imbuhan. Dan yang bestnya, company ni bayar lumayan, bukan sikit-sikit (ni topik lain, kita sembang berapa possibility untuk dapat income dengan Young Living di post lain). Balik kepada cerita yang saya sebut mula-mula di atas sekali, pasal kedai makan tu. Ada tak kedai makan tu bagi duit cash, bagi setiap pelanggan yang korang rekemen ke dia? Or at least makan free? Takde kan. Company Young Living bayar. Setiap. Orang. Yang. Kita. Rekemen. Dan. Jadi. Pelanggan. Dia.

Jadi, bagaimana nak join dan berbisnes?

Pertama sekali kena jadi member Young Living. Kena la berdaftar dengan company yang bayar kita tu kan.

Kedua, kena guna barang-barang Young Living. Keahlian Young Living ada 2 jenis, satu yang ada komitmen bulanan, satu yang takde. Don’t worry, kalau join team saya, memang takde paksaan langsung untuk buat belian bulanan. Beli ikut suka, dan banyak mana mau. Saya takkan suruh stock up barang, saya takkan suruh iklan hari-hari cari pembeli barang. Saya cuma mau korang beli, dan guna. That’s all.

Ketiga, ketahui selok belok pembayaran komisyen oleh Young Living. Yang ni bleh slow-slow belajar. Dan rasanya, dalam ramai-ramai, saya adalah cikgu part ni yang paling senang nak difahami (wahahaha masuk bakul angkat sendiri). Kenapa kena tau? Supaya kita tau apa action kita, walau sekecik mana, akan membuahkan duit, eh hasil.

Keempat, share pengalaman korang menggunakan Young Living. Kalau suka ubat giginya, mulut jadi kurang berbau, say so kepada kawan-kawan dan keluarga. Kalau guna Lavender+Cedarwood jadi tido lena, say so. Kalau guna PanAway, Cypress, Wintergreen untuk kelegaan selepas letih workout, say so. Medium apa? Terpulang, facebook ada, insta ada, cakap depan-depan pun boleh.

Kelima, jangan harap duit datang bergolek tanpa buat apa-apa. Saya tak janjikan duit free. Saya cakap, ada je bisnes yang boleh dibuat sambil menyambil tanpa menuntut too much of our time untuk fokus kepada bisnes. Plus, modal mesti ada. Mana ada bisnes takde modal. Cumanya dalam kes ni, kita makan modal. Modal yang kita guna untuk beli barang, kita guna kepada diri sendiri, takde kena jual untuk amik untung. So, what’s not to love?

Yeah sign me up now, now!

Bagi yang nak menjadi ahli Young Living, anda boleh register sendiri di laman web Young Living, di link berikut, (link telah siap sedia dengan sponsor/enroller ID saya, jika takde, boleh letak saya punya ID : 10024133 Nur Liyana Abd Hamid).

bit.ly/YLEOmembership
bit.ly/YLEOmembership

Kalau unsure, boleh contact saya di Facebook, Liyana Anaqi.
Dan, welcome aboard. Selamat datang.

Liyana Anaqi adalah Young Living Silver dalam masa 2 tahun selepas memulakan bisnes Young Living. Paycheck seorang Silver adalah lebih kurang gaji cikgu selepas 4 5 tahun bekerja. Tagline Lazy Layen menjadi kegemaran, kerana lebih suka cara yang santai dan tidak terlalu mengganggu hidupnya bersama 5 anak-anak.

Rutin Impian SAHM

Rutin Impian SAHM

Bila nama work at home mom, banyak benda kena juggle serentak. Anak, rumah, laundry, kerja, ibadah. Semua kita nak buat.

Hari ni saya share sedikit bagaimana hari saya kat rumah. Disclaimer : ini adalah impian saya sehari-hari. Ini adalah treshold yang saya nak capai. Tapi saya ok dah berpuas hati kalau dah buat even sebahagian kecil sahaja. I don’t go hard on myself. Plus I love sleeping.😆

Ada 4 turutan priority yang kena buat. Allah, spouse, anak2, kerja. Kerja jatuh no.4 (to my heartbreak. Sbb saya suka kerja).

At the same time, tambah housechores and meals into the picture. (Saya tau orang laki takkan bleh cope dah bila sampai part ni 🤣. Yep we have so much in our mind, that your wallet whereabout don’t fit in. Take care of your own wallet please. Or socks. Or towel.)

Saya suka habit tracker. Boleh Google template habit tracker lawa2. Sebelum2 ni saya buat habit tracker untuk track saya punya progress dalam bisnes sahaja. Kemudian saya terasa macam terlalu memberatkan bisnes dari aspek lain hidup saya. Sebab asal bangun pagi aje, saya terus tengok what to do today supaya saya boleh tick ✔✔ di habit tracker saya. Setiap pagi bangun bersemangat. So, saya masukkan jugak benda lain seperti “baca Quran satu muka surat”, “solat tahajud”, “one session with one child”, ke dalam habit tracker. Dan letak benda2 ni belah atas. Kena buat ni dulu, baru boleh buat kerja bisnes.

Oleh sebab saya suka kerja saya, saya cepat2 buat benda2 tu supaya saya boleh buat kerja bisnes related. 😊

Setiap orang, faktor motivator adalah berbeza-beza. Saya suka kerja saya, kdrama, dan tido. Bagi saya, you can manipulate apa yang kita suka, to be a motivating factor untuk buat benda yang kita tak berapa rajin nak buat, contohnya berzikir 1000kali sehari (ni jadi mudah bila bahagikan beberapa sesi sehari, dan letak reward kat belakang dia. Eg : nak buat kerja kena zikir dulu 200kali. Pastu baru bismillah buka laptop. Awal2 je rasa 200 tu banyak. Lama2 5000 zikir sehari pun mudah).

Lagi contoh :
Lepas habis 3 ipa, bleh layan kdrama 3 episod.
Nak tido tengah hari, panggil sorang anak, sembang2 sampai tido.

Sedikit demi sedikit, kita ubah lifestyle ke arah yang kita mahu. Saya tak seperti Marie Kondo yang bamm terus keluarkan dan kemas. Saya jenis sikit sikit. Masukkan satu habit ke habit tracker, bila rasa ok, masukkan satu habit lagi.

Pesanan penaja : jangan anggap perkara2 macam zikir, baca Quran tu tak IPA. Ia membantu IPA. Dengan meluangkan masa untuk Allah, kita akan lebih tenang dan waras, jadi IPA yang lain akan smooth sailing. Spend time untuk Allah. Kalau asset harta, kita kena keluarkan 2.5% zakat, bagaimana pula dengan masa? Masa juga adalah asset. Kena allocate masa dengan Allah.

Pic :cubaan membuat kerja yang tertangguh. Elok buka lappy, anak2 berkerumun. Jadi tutup semula, air teh Slique pun dah sejuk baru sempat minum. Post ini pun ditulis selepas 3 jam amik gambar, selepas habis baca matsurat, tido seround dengan baby, cebok 2 anak. Berbalik pada disclaimer, saya ok aje walau tak sempat buat. Saya tak go hard to myself. Bleh buka, pastu tutup pun takpa dah. Kira achievement dah. Dari takleh buka langsung 😆

Beranak kecil di usia lanjut.

Beranak kecil di usia lanjut.

Soalan pertama ialah, berapa usia yang di kira lanjut ni? Kalau mengikut kebiasaan di klinik ibu dan anak, usia 35 ke atas sudah dikira lebih berisiko bila hamil berbanding ibu-ibu yang lebih muda.

2019, saya dah officially melepasi treshold itu. Anak paling bongsu (setakat ini) berumur satu tahun pada Mac 2019. Saya tanak bercerita tentang kesihatan atau pendapat tentang keselamatan ibu hamil di usia lanjut. Saya cuma nak cerita tentang perasaan, feeling di dalam hati yang saya rasa 2 3 hari kebelakangan ini.

Picture like this is always melting.

Hamil muda vs hamil tua (sikit)

Saya hamil dengan anak pertama semasa usia saya 22 tahun. Manakala anak ke 3 dan seterusnya semasa saya sudah melangkah ke usia 30-an. Percayalah, badan terasa sangat sangat berbeza. Mungkin saya seorang, mungkin juga ada yang lain merasai apa yang saya rasa. Semasa awal 20-an, saya rasa pregnancy tu tak la susah mana, walaupun saya adalah jenis yang alahan teruk, muntah siang malam, dan berat badan turun dengan banyak. Saya masih larat naik motor ke sana sini menghabiskan tesis saya. But, at 30’s, rasa letihnya, rasa nak tidurnya sepanjang hari. Mungkin sebab saya ada anak-anak lain yang perlu dijaga. Saya terfikir, kalau orang yang kawen lebih awal, dan bersalin masa belasan tahun, mesti lagi sihat dari saya semasa 20an.

Ok, now dah habis pasal cerita pasal badan.

Now, cerita pasal feeling.

Now, that anak kecik saya dah besar. Dah 10 bulan sekarang. Sebelum ni, saya dok ratib ke suami, dah la, saya tanak dah mengandung. Badan saya rasa macam nak lerai dah. Now, that 10 bulan kemudian, saya rasa cam ok plak.

My baby is so cute, so adorable, so cheeky, so menyejukkan hati, sehinggakan saya rasa maca takpa ja ada seorang lagi macam ni kalau yang ni dah grown up. Huhuhu. mak mak memang tak serik kan.

Saya terfikir, now that kami suami isteri, mempunyai 2 pengalaman berbeza. (1) pengalaman ada anak sebagai pasangan muda (2) pengalaman ada anak kecik sebagai pasangan tua (sedikit. bukan tua banyak okeh ahaha)

Ibu bapa muda. vs Ibu bapa dengan pengalaman.
Ibu bapa yang sibuk mencari arah hidup, vs Ibu bapa yang dah toned down sikit dari dunia dan agak stabil.
Ibu bapa yang mempunyai banyak expectations dan impian kepada anak, vs ibu bapa yang hanya berharap anak menjadi manusia dan muslim yang baik.

Saya rasa it’s totally OK untuk kita ada anak lagi walaupun kita dah ada anak-anak yang besar panjang. Sebab ia akan menjadi suatu pengalaman yang totally different. Sebab kita pada tahun ini, adalah berbeza dari kita 15 tahun yang lalu semasa pegang anak pertama.

Tapi, stay off the guilt tripping

Satu benda, mak mak ni. Suka guilt tripping diri sendiri. Suka cakap gini, “emmm kalau dulu aku tahu apa yang aku tahu sekarang, mesti aku tak buat”
“kesian anak sulung, kena hadap aku yang tak matang dulu”

Stop it mommies. Stop blaming your old self. Kita bertindak atas apa knowledge yang kita ada masa tu. Apa yang kita pilih paling bagus. Dan, the story isn’t about us sahaja. Bulan bintang dan matahari tidak bergerak keliling kita sorang ye adik-adik kakak-kakak. Anak itu sendiri ada janjinya dengan Allah, ada rezekinya yang telah Allah tentukan. Dan Allah telah rezekikan dia untuk bertemu dengan kita yang muda itu. Ada lesson yang dia (dan kita) perlu belajar. Jadi, stop all the guilt tripping, dan BERSYUKURLAH yang akhirnya kita masih berkesempatan untuk buka mata kepada knowledge baru. Dan kalau ada anak yang baru, boleh apply apa yang kita baru tahu.

so, maknanya ko sedia nak anak baru?

Nooo. haha. Wallahua’lam saya pun tak tau. Saya just terfikir, kepada sesiapa yang masih larat menambah anak, silakan. It would be very interesting to watch a new life enfolds. Untuk masa sekarang, saya ulit Adli je la dulu puas-puas. Hari-hari mengadap muka dia, senyum dia, tangan gumuk dia, ketawa dia puas-puas. Nanti besar teringat-ingat plak.

Bagi yang tengah mengadung, jaga diri elok-elok dan good luck.
Bagi yang ada anak kecik, kita enjoy puas-puas waktu kecik dia

Follow saya di Facebook, klik Link di bawah
https://www.facebook.com/liyana.anaqi

Ketam Buttermilk

Ketam Buttermilk

Banyak hari dok teringin makan ketam masak selain singgang dan masak lemak. Tapi blank nak masak apa.

Bila google, jumpa pulak resepi ketam buttermilk ni. Saya tak pernah makan apa-apa buttermilk jadi tak tau sedap ke tak.

Wah tak sangka betul! Sedap menjilat jari. Anak-anak pun makan tak hengat bertambah-tambah. Ni kalau makan kat kedai, mau botak ayah hangpa 😃😃😃.

Lain kali boleh masak lagi. Resepi saya share dibawah ya. Ianya resepi asal. Tapi yang saya, saya dah derhaka sikit. Saya tak guna perencah dan gula. Dan saya ganti buttermilk dengan santan pekat.

_____

5ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
5 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 tin susu cair atau buttermilk 1 cup
Setengah ketul Butter
Tepung jagung
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin
kiub ayam maggi /knorr *1sudu je
Lada sulah dan gula

Cara memasak:
Rebus telur masin..
Sementara menunggu telur rebus masak boleh la kita menggoreng ketam.

Ketam di bersihkan dan di potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah, serbuk kunyit dan garam.Goreng hingga masak kekuningan.

Telur masin yang dah masak lenyek-lenyek hingga hancur

Panaskan kuali masukkan setengah ketul butter

Kemudian tumiskan bawang putih, bawang kecil,cili padi dan daun kari kacau hingga wangi.

Masukkan telur masin yang dihancurkan tadi

Masukkan satu cawan buttermilk/1tin susu cair. klu xnak berkuah masukkan setengah tin pun ok. anak2 saya suka berkuah, jadi saya masukkan lebih sikit. ikut citarasa sendiri.

Letakkan kiub ayam dan sedikit gula ( klu x suka manis jgn letak gula. lebih sedap klu letak gula)

masukkan ketam yang di goreng tadi. gaul sampai rata dan kuah agak pekat.

sedia untuk di hidang ..

SELAMAT MENCUBA!

Cara membuat order SO YLEO (dari telefon bimbit)

Cara membuat order SO YLEO (dari telefon bimbit)

Bagaimana nak buat order (yang sudah member).

Membership YLEO ada dua jenis. Satu Standard Order (SO), dan satu lagi Essential Reward (ER). Tutorial ini adalah untuk keahlian SO, keahlian yang tak kena maintain belian setiap bulan.

#nota, untuk pembelian pertama kali, sila buat langkah tambahan di akhir post ini.

1. Log in ke Virtual Office Young Living

Taip www.youngliving.com/vo di browser telefon. Dan masukkan nombor id dan password anda.

Lebih mudah jika tick pada kotak “keep me signed in”

2. Kenali Virtual Office (VO)

Ini adalah paparan di Dashboard VO. Ada tulis “monthly order” bagi yang buat ER seperti saya. Bagi yang keahlian SO (tiada monthly purchase), boleh buat purchase di “Quick Order” dalam bulatan merah. Atau pilih dari dropdown menu di bulatan kuning.

3. Pilih dari katalog.

Pilih dari katalog YL. Klik pada kategori yang berkenaan. YL menggunakan kaedah shopping cart (klik klik checkout)

Masukkan alamat anda di akhir page. Alamat ini akan di save untuk pembelian akan datang.

Step tambahan : memasukkan detail pembayaran.

YL menggunakan sistem cc/dc. Tiada transfer payment. Anda boleh masukkan detail kad anda ke dalam “My Wallet” di bahagian “My Account ” di dropdown menu.

Nombor yang perlu dimasukkan adalah nombor depan kad cc/dc.

Sekiranya masih ada masalah dalam pembayaran, ada 2 masalah common (terutamanya debit card).

1. Kad belum diaktifkan untuk online purchase.

2. Had limit kad adalah rendah. Selalunya RM500 sahaja.

Sila telefon nombor dibelakang kad dan minta pegawai operator untuk aktifkan kad untuk online purchase dan semak had limit kad anda.

Itu sahaja. Happy shopping. Jadi ahli YL, boleh beli sendiri, tak perlu melalui ajen ajen. Anda ada kebebasan nak order bila dan banyak mana.

Pada yang belum menjadi ahli Young Living, boleh check out apa tawaran keahlian di sidebar ya.

Sedikit ibrah dari ayam

Sedikit ibrah dari ayam

Saya ada 4 ayam betina. 1 bapak. (Oke berbahagia la kalau laki dapat 4 bini kan hehe).

Susunan umur ayam-ayam ni, macam dalam gambar. Pic 1 ayam paling tua, pic 3 ayam paling muda, bini muda.

Ayam paling tua

Ayam bermadu

Ayam bongsu

Dorang semua kawen serentak. Kami introduce bapak ayam seekor sahaja at this one time. So takde ayam yang pernah ada anak.

Ayam sulung yang bertelur dulu, dan mengeram for the longest time. Ayam-ayam lain dah dua kali bertelur dan menetas tapi anak tak survive, either kena pijak oleh mak dia sendiri atau dimakan kucing.

Ayam kecik (yg paling muda) bertelur akhirnya dan mengeram. Dan dia bawak turun anak dia, walaupun sekor je, lagi 4 biji telur dia tinggal. Dan anak dia so far survive paling lama, sampai sekarang.

Ayam no.2 dan no.3 saya pun tak tau pasai pa depa ni kongsi sangkak. Haha. Tapi pagi tadi saya nampak ada anak menetas dah. Anak2 saya gi kira, katanya ada 8 ekor.

So nak jadi cerita, ada kucing masuk reban ni, dalam chaos ni, seekor anak dari madu berkongsi ni, jatuh kebawah, ke dalam sangkak ibu sulung yang mengeram dari zaman batu tu. Si ibu kuning (pic1) anggap tu anak dia, dan turun pengeraman (finally). Ni nak kira curi anak orang ke camna hahaha.

Moral of the story :

Umur banyak je tak bermakna lebih cerdik. Kalau umur banyak un, kalau tak reti jaga anak, tak reti jugak.

Kadang anak kau hilang pun, kau mungkin tak perasan. Anak manusia kot la tak hilang fizikal, tapi value hilang tak mudah disedari.

Beristeri 4 pun, kalau semua dah ada anak (telur), bapak ayam nganga sorang jugak, semua dok ngeram. Pastu bila dah netas, anak je yg mak tu hadap.

Sekian, cerita ayam

Monolog untuk ibu

Monolog untuk ibu

Teks :  Liyana Anaqi

Kalau mempunyai anak 4 membolehkan saya beri satu nasihat untuk ibu2 lain. Nasihat saya ialah :

You and your children are unique. Tak sama dengan buku, tak sama dengan parenting coach. Tak sama dengan orang sebelah atau adik kandung sendiri.

Stop being hard on yourself, stop asking kenapa aku tak boleh buat macam orang lain. Kenapa buku ni buat senang je.

Terima diri kita sebagaimana kita, kalau baran, baranlah. Kalau becok, becok lah. Lagi cepat terima, lagi cepat hilang stress jaga anak. Sbb kita tak pakai baju orang. Ketat, susah bernafas.

Rezeki anak mendapat ibu seperti kita ini telah Allah tentukan. Kalau kita rasa kita ni bad mommy, Allah memang beri bad mommy kepada anak kita sebagai tarbiah dan lesson untuk dia. Wallahua’lam macam mana. Tetapi ia sudah tertulis untuknya. Mungkinkah dia akan jadi kaunselor cemerlang satu hari nanti, maka dapat mak yang hati tisu. Atau mungkin dia akanjadi lawyer hebat, maka dapat mak yang asik kena pukul dengan ayah. Allah dah atur jalan hidup setiap anak kita sejak hari pertama ditiupkan roh.

Tapi sebagai ibu, memang la kita mengimpikan menjadi perfect mommy (or at least normal kahkahkah). Tapi the first step untuk mengubah keadaan adalah kena accept siapa diri kita. Sit down and reflect (muhasabah), cari siapa diri kita. Mungkin kita sebuk nak jadi orang lain, kita tak kenal diri sendiri.

Cari siapa kita. Ya aku baran, ya aku suka membebel. Kenapa aku suka membebel? Salah apakah yang paling ku tak boleh tolerate? Kadang kita boleh je tolerate rumah sepah, tapi sebab orang lain punya rumah kemas bersih, kita dok la nak ikut jugak2, bila tak dapat, kita mula stress, pastu marah orang (selalunya anak la) suruh kemas. Kadang kita boleh je tolerate makan beli, takyah masak. Tapi orang lain semua kita nampak asik masak, dan beri homecooked meals kepada anak2. Kita pun nak ikut, bila letih, kita start marah-marah.

Jadi mula-mula, carilah diri yang menghilang itu. Kemudian fokus kepada apa yang KITA suka dan tak suka. Bukan orang lain. There is no wrong way of parenting (kecuali hat extreme, belasah anak sampai riuk la. Tu bukan mak normal terus). You are you. Your way is the right way for your familiy.

Bila dah kenal diri, fokus pada diri sendiri, slowly akan nampak anak-anak akan kurang bermasalah. Sebab apa? Sebab dia duduk dengan mak dia. mak dia yang dia kenal sejak lahir, bukan mak yang acah-acah nak jadi orang lain. Bila mak mulai bertenang, accept diri sendiri, anak-anak akan follow suit.

KEMUDIAN, baru fikir macam mana nak menambahbaik. Nak tambah satu benda baik eg masak hari-hari. Tu pun jangan buat terkejut, buat slow-slow. supaya tak letih. Letih ni bukan fizikal, tapi letih jiwa nak fit in new habit.

One step at a time mommies.

Apabila membaca buku-buku motivasi, menghadiri seminar keibubapaan, adalah perlu untuk kita pandai twist and tweak menjadi ia sesuai dengan keadaan dan keluarga kita. Jangan copy paste semata, nanti kita yang akan stress dan mula memberi kesan buruk pada keluarga.

One step at a time, mula dengan mengenal diri sendiri dahulu.

Salam sayang untuk semua ibu,
Liyana Anaqi

Young Living Promo Jun 2017

Young Living Promo Jun 2017

Weehoo, Jun datang. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya semua.

Bulan Jun ini, Young Living menawarkan pelbagai set yang sesuai dengan mood nak raya. Dan juga, ada 4 item baru dalam katalog YL bulan ini.

Jom mula….

1) Oils baru

Ada 2 Essential Oils baru yang masuk ke pasaran Malaysia. Surrender dan Vetiver.

Surrender adalah gandingan Essential Oil yang membangkitkan rasa tenang dalam kekalutan. Sesuai digunakan apabila terasa sudah hilang control dan ingin mengatur kembali langkah perancangan. Surrender mengandungi  Lavender, Lemon, Roman Chamomile, Spruce, Angelica, German Chamomile, dan Mointain Savory.

Harga : RM164.47
pv : 26.00

Vetiver adalah compound yang di ekstrak dari akar tumbuhan seperti rumput. (Ditempat kita, rumput Vetiver selalu digunakan untuk menghalang hakisan di lereng bukit).  Aroma Vetiver membantu grounding dan memberi fokus.

Harga : RM131.58
pv : 20.75

2) 2 item Ningxia baru

Ningxia Nitro yang ummph untuk kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Satu set mengandungi 14 tube Ningxia Nitro

Harga : RM131.58
pv : 20.75

Ningxia Zyng  yang menyegarkan untuk menggantikan minuman berkarbonat anda. Kini minuman tenaga juga ada pilihan yang lebih sihat. Satu set mengandungi 12 tin Ningxia Zyng

Harga : RM219.74
pv : 26.00

3) Promosi Raya

Ada banyak promosi Raya untuk dipilih:

Raya Prosperous Set
Trio Sensation, Abundance dan Surrender Essential Oils.

Harga : RM416.70
Jimat :  RM46.30
pv : 86.63

Raya Revitalized Set
Segar semula dengan Morning Start Bath 7 Shower Gel, Wild Lavender dan Melrose Essential Oil.

Harga : RM240.30
Jimat : RM26.70
pv : 46.35

Raya Shape Up Set
Woo hoo semua kegemaran saya, hihi. Siapa kata Raya takleh nak pasang badan kan. Set ini mengandungi Cel-lite Massage Oil, Slique Essence dan Geranium Essential Oil.

Harga : RM429.30
Jimat : RM47.70
pv : RM89.10

Raya Freshen Set
Bila berkumpul ramai-ramai, macam-macam boleh jadi. Get ready dengan Citronella dan Thieves untuk up kan immune anak-anak. Live Your Passion untuk suasana yang meriah

Harga : RM469.80
Jimat : RM52.20
pv : 98.10

Tak habis lagi…

Jun Promo PV

Dengan pembelian 250pv, anda layak mendapat Joy 15ml  yang bernilai RM261.85

Dengan pembelian 350pv, anda layak mendapat Joy 15ml, Forgiveness 5ml  yang bernilai RM592.11

Dengan pembelian 450pv, anda layak mendapat  Joy 15ml, Forgiveness 5ml, dan Melissa 5ml  yang bernilai RM1575.01

Wow, memang best. Melissa adalah Essential Oil yang kedua termahal selepas Rose EO. Dan anda boleh dapat free.

Bagaimana saya mahu mendapatkan semua ini?

Anda boleh menghubungi saya di Facebook : Liyana Anaqi
atau Whatsapp saya 0126700316 (www.wasap.my/60126700316)
untuk mendapatkan mana-mana produk pilihan anda.

>> Nak dapatkan 24% diskaun? anda boleh sign up menjadi ahli Young Living. Hubungi saya untuk mengetahui caranya.

EO 101 : Apa itu Essential Oil

EO 101 : Apa itu Essential Oil

Teks dan Foto : Liyana Anaqi

Apa itu Essential Oil?

Essential Oil adalah bahan organik yang di ekstrak dari tumbuhan. Ia boleh didapati dari bunga, daun, batang, kulit pokok, getah, buah dan akar tumbuhan. Ia adalah bahan yang di ketahui dapat memberi manfaat kepada manusia. Ianya di ekstrak, dan di pekatkan kedalam botol-botol kecil untuk kesenangan kita menggunakannya.

Essential Oil dapat menyokong sistem dalam badan agar dapat berfungsi secara optimum. Ia menyokong sistem pernafasan, aliran darah, sistem otot. Ia juga memberi sokongan untuk mental yang lebih jelas, membantu badan menyampaikan oksigen kepada otak iatu pusat segala aktiviti fizikal dan mental. Ia juga dapat membantu menyelaras emosi agar lebih teratur. Emosi, mental dan fizikal yang berfungsi dengan baik dapat membuatkan seseorang individu itu lebih cekap dan produktif.

 

Bagaimana Essential Oil berfungsi?

Essential Oil perlu diserap kedalam badan untuk berfungsi. Terdapat 3 cara ia dapat memasuki sistem badan manusia, iaitu

  • Topical (sapuan)
  • Aromatically (bauan)
  • Ingest (makan)

Topical

Penggunaan secara topical  termasuklah sapuan, urutan ke atas kulit.

Dilution (cairkan) adalah perlu untuk penggunaan keatas kana-kanak dan bayi. Dilution tidak menghilangkan keberkesanan Essential Oil, ia cuma memberikan volume kepada Essential Oil agar lebih mudah di sapu ke kawasan yang lebih besar.

Essential Oil yang ‘sedap’ di buat minyak urut ialah Lemongrass, PanAway, Aroma Siez. Ia agak panas, dan memberi rasa selesa kepada orang yang di urut.

Aromatically

Cara aroma adalah cara yang paling senang untuk menikmati faedah Essential Oil. Cuma plug in diffuser dengan Essential Oil kegemaran anda dan anda boleh menikmati aroma Essential Oil yang menenangkan.

Sistem deria bau adalah terletak berdekatan dengan bahagian o=tak yang mengawal naik turun degupan jantung, tekanan darah, pengeluaran hormon dan pelbagai lagi fungsi badan.

Penggunaan Essential Oil bergred therapeutic adalah penting untuk mendapatkan faedah membantu menyokong sistem badan ini.

Ingest

Setakat ini, “makan’ Essential Oil adalah topik yang paling hangat diperkatakan.  Essential Oils tidak digalakkan dimakan kerana ia tidak tersenarai dalam GRAS list (Generally Regarded As Safe). Oleh kerana tiada satu standard cara pemantauan Essential Oil, maka adalah tidak selamat untuk makan sebarangan Essential Oil.

Young Living Essential Oil telah mengeluarkan satu rangkaian Essential Oil yang selamat untuk dimakan. Ia telah diluluskan oleh USFDA sebagai ‘dietary’.

Pilih Essential Oil anda..

Pilihan ditangan anda. Keyakinan penggunaan Essential Oil yang digunakan seharian adalah bergantung kepada keyakinan anda terhadap syarikat yang memproses Essential Oil itu sendiri. Apakah jaminan yang saya dapat berikan dengan Young Living Essential Oil?

Jaminan Seed to Seal. Kita sembang dalam entri seterusnya.

Untuk bertanya tentang Essential Oil, Whatsapp saya di : bit.ly/GetOiling

Untuk membeli produk Young Living, klik sini >> bit.ly/BeliYLEO

Untuk menjadi ahli dan mendapatkan 24% diskaun dan peluang mendapat lebih banyak freebies, klik sini >> bit.ly/YLEOmembership

Promosi Young Living Mei 2017

Promosi Young Living Mei 2017

Selamat datang Mei. Bulan ada Hari Guru dan Hari Bapa. Apa yang anda fikirkan sebagai hadiah?

Young Living menawarkan promosi hebat sempena bulan Mei ini selain dari promo bulanannya.

Katalog Hari Bapa

Dibawah adalah katalog untuk Hari Bapa dan promosi pre-Raya.

Wow…..

Ya Young Living memang suka bagi diskaun dan barang percuma.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan promo-promo ini, anda boleh menghubungi saya melalui:

Facebook : Little Anaqi Scents
Whatsapp : bit.ly/GetOiling

Ingin membeli terus mana-mana produk, klik >> bit.ly/BeliYLEO

Ingin menjadi ahli dan mendapat diskaun ahli 24% dan peluang mendapat lebih banyak freebies, klik >> bit.ly/YLEOmembership